berita

[VIDEO] Timbalan Menteri KKMM Rebah Ketika Bersidang Akibat Sesak Nafas, Dewan Ditangguh 10 Minit

November 11th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sidang Dewan Rakyat pagi ini kecoh apabila terpaksa ditangguhkan selama 10 minit. Hal ini berikutan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Eddin Syazlee Shith dilaporkan pitam ketika sesi soal jawab lisan yang sedang berlangsung.

Dewan tangguh 10 minit

Video tersebut memaparkan Eddin Syazlee diusung keluar dari dewan selepas pitam di dalam dewan. Menurut Awani, kejadian berlaku pada jam 10.30 pagi ketika sesi menjawab soalan lisan kedua oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Mengalami sesak nafas

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon menangguhkan sidang selama 10 minit dan mengarahkan pasukan perubatan memberi bantuan kecemasan.

Beliau juga mempunyai rekod masalah jantung. Kita rujuk ke Institut Jantung Negara untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang juga merupakan doktor perubatan, Eddin dikatakan mengalami sesak nafas.

Sumber: Awani, Asyraf

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×