Kemelut yang melanda antara vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dengan bekas isterinya, Mizz Nina berhubung isu perebutan anak angkat mereka iaitu Musa telah mendapat perhatian banyak pihak.
Terbaharu, Mizz Nina mendedahkan pada Disember lalu, Musa telah dibawa keluar dari rumah tanpa kebenarannya semasa dia dalam perjalanan ke Tokyo, Jepun.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Percaya Bekas Suami Tunggu Saya Tiada Di Malaysia Untuk Ambil Musa’ – Mizz Nina
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tidak Tahu Kami Dilarang Memuat Naik Gambar Musa Di Media Sosial’ – Noh Salleh Minta Maaf Dengan Athira
Ulasan peguam
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang peguam dan personaliti media sosial iaitu Aminahtul Mardiah menjelaskan serta memberi pendapat tentang isu berkenaan.
Menurutnya, Noh boleh dikenakan hukuman berikutan tindakannya itu merupakan kesalahan di sisi undang-undang.
Tindakan bekas suami Mizz Nina mengambil Musa tanpa kebenaran adalah satu tindakan kesalahan jenayah.
Di bawah Seksyen 361 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa mana-mana individu yang mengambil anak lelaki berusia 14 tahun yang diambil dari penjaga yang sah tanpa kebenaran telah melakukan kesalahan culik, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 363 iaitu maksimum penjara tujuh tahun.
Mengulas lanjut, Aminahtul menegaskan bahawa perbuatan tersebut boleh dikategorikan sebagai tindakan menculik susulan terdapat akuan sumpah yang telah ditandatangani.
Dalam kes ini, selepas bercerai ada satu surat akuan sumpah yang ditandatangani oleh bekas suami Mizz Nina bagi tujuan menyerahkan Musa kepada Mizz Nina. Jadi penjaga yang sah sekarang adalah Mizz Nina. Sebab itulah tindakan ini boleh dikategorikan sebagai culik.
Saya percaya bekas suami seharusnya menghormati perjanjian yang telah ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah.
Sementara itu, Aminatul turut menitipkan nasihat agar orang ramai menghormati undang-undang di negara ini dengan tidak bertindak melulu meskipun memendam rasa rindu terhadap anak-anak.
Sebagai seorang ibu saya faham, kita rindu anak, kita sayang anak..tak kisahlah anak tu anak angkat. Tapi negara kita ada undang-undang, kita kena hormatinya.
Mana-mana ibu bapa mesti akan merindui anak-anaknya tapi cara yang dibuat adalah cara yang salah dan Mizz Nina ada hak untuk memperjuangkan Musa.
Terdahulu, media melaporkan seorang pembantu rumah warga asing didakwa melarikan anak selebriti wanita dan kejadian itu didalangi bekas suaminya yang juga vokalis kumpulan terkenal.
Susulan itu, Noh tampil menjelaskan di Melodi dengan menafikan tuduhan yang dibuat bekas isterinya adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.
Dakwa Noh, dia mengambil anak angkatnya, Musa mengikut saluran undang-undang yang sah dan bukanlah menculik seperti yang didakwa.
Sekadar info, Noh dan Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman, 44, mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan tidak dikurniakan zuriat.
@aminahtulmardiah Ibu kandung musa, Mizz nina moga dipermudahkan semuanya. Jangan lupa tekan link undi ?? #learnontiktok #lawyer #tiktokguru
Sumber: TikTok Aminahtul Mardiah