Pelawak dan pelakon, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 44, menepis dakwaan sesetengah orang yang mengatakannya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengkid.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘1 Aib Aku Kau Buka, 10 Aib Kau Akan Terbuka’ – Enot Tuju Pada Siapa?
‘Aku masih tahu hukum’
@enot7812 Berdiam bukan beerti salah dan kalah,berdiam lebih baik dr brckp takut trckp keaibpan sesorg tu tanpa di sangka,terima kasih kerana mbuat semua org memaki hamun aku tanpa tau crita sebenar,LILAHITAALA atas nama mak aku,aku x pernah mngeluarkan statement berkahwin? Dan tok kadi mane plak yg bole nikah kan aku tu? Aku masih tau hukum agama! Jgn nak hukum aku mcm aku org kapir plak ye x tau apa2! Yg memaki hamun aku dlm dm dan mempermainkan nama arwah mak aku ingat aku x maafkan ko smpai bila2! Dosa aku dengan Allah aku bole mintak ampun tapi dosa korg dgn aku? Sendiri mau ingat,yg ckp lebih2 mcm ddk serumah dgn aku in sha Allah esok lusa aku alamat korg aku jmpa depan2 aku nak demgar jgk apa yg kau tau sngt ttg kehidupan aku k..tiap2 bulan hntr beras berapa kg ye? #sabar #kdg2takmampusabar#makinkuatkokejalanygbaikmakinhebatujian#Allahujisebabkitakuat#manusiasukahentamseblmselidik#takakanmaafkankorg #padamkomentaknakkorgbuatdosakering ? original sound – ENOT78
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Enot menegaskan dia tidak pernah melakukan perkara yang dilarang agama kerana masih berpegang teguh pada hukum hakam.
Berdiam bukan beerti salah dan kalah. Berdiam lebih baik dari bercakap takut tercakap keaiban seseorang tu tanpa di sangka.
Terima kasih kerana membuat semua orang memaki hamun aku tanpa tahu crita sebenar, Lillahi Taala atas nama mak aku, aku tak pernah mengeluarkan statement berkahwin. Dan tok kadi mana pula yang boleh nikah kan aku tu?
Aku masih tahu hukum agama! Jangan nak hukum aku macam aku orang kafir pula ya tak tahu apa-apa.
Bukan itu sahaja, pelakon Laila Isabella itu juga memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak akan memaafkan mereka yang bertindak memaki hamun serta mempermainkan nama arwah ibunya.
Yang memaki hamun aku dalam dm dan mempermainkan nama arwah mak aku, ingat aku tak maafkan kau smpai bila-bila.
Dosa aku dengan Allah aku boleh mintak ampun tapi dosa korang dgn aku? Sendiri mahu ingat, yang cakap lebih-lebih mcm duduk serumah dengan aku insya-Allah esok lusa aku jumpa korang depan-depan.
Aku nak dengar juga apa yang kau tahu sangat tentang kehidupan aku.
Terdahulu, Enot dilihat menjawab kenyataan yang dibuat rakan baiknya, Didie Alias sewaktu ditemu bual Melodi beberapa hari yang lalu.
Kemelut itu mula timbul selepas adanya dakwaan mengatakan Enot menjalinkan hubungan cinta terlarang bersama seorang pengkid.
Sumber: TikTok