berita

[VIDEO] Tomato Bakar Punca Bergaduh Dengan Netizen, Ira Kazar ‘Block’ Akaun Sebab Koyak?

August 1st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Ira Kazar

Baru-baru ini, nama isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menjadi bualan ramai di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Som Som’ Ira Kazar Dipuji Cukup Rasa Lemak

Artikel Berkaitan: Ira Kazar Dipuji Pandai Masak Sotong Tumis

Takda modal ke?

@norainibasre88 Membalas kepada @irakazar#puterisarahliyana #norainibasre #norainibasreshop #artismalaysia #gosip #husbandwife #irakaza #syamsulyusof #binafshasweet ? cinta suami orang – Ummi Firdausiya ?

Ini susulan tindakan Ira menyelar seorang pengguna TikTok yang memuat naik semula hantaran masakan terbarunya, tomato bakar.

Ira, 27, telah berkongsi menu makan malam yang menggunakan tomato bakar sebagai kuah untuk ‘creamy tuscan chicken.’

Anak kepada aktor senior, Kazar Saisi mendakwa individu terbabit telah menggunakan dirinya sebagai konten demi mendapatkan jumlah tontonan yang tinggi.

Admin batak likes dengan view ke tu? Takda modal ke ambil konten orang buat modal.

Bagaimanapun, pemilik akaun itu, Noraini Basre tidak mendiamkan diri lantas membalas dengan mengatakan, ‘tak la, saya peminat masakan Ira.’

Ira yang menggunakan akaun @irakazar tetap dengan keputusannya tidak membenarkan konten itu dikongsikan di platform tersebut.

Okey kalau macam itu tak payah upload dah. Nampak sangat bataknya.

Kena block

Ira Kazar TikTok

Kemudian, Noraini mendedahkan dirinya telah disekat apabila akaun TikTok Ira sudah tidak ditemui.

Bukan main awak nak sekolah saya. Alaa awak jangan la koyak. Saya minta maaf tau. Saya tau walau awak block saya, ada 1001 akaun palsu awak follow saya.

Imbas kembali, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari selepas berita itu diumumkan sendiri oleh pengarah filem Mat Kilau menerusi sepotong video di Instagramnya.

Puteri Sarah Liyana yang masih isteri pertama Syamsul ketika itu bertindak menfailkan perceraian sebelum sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×