berita

[VIDEO] Tragedi Hitam Menghantui Son Heung-Min, Andre Gomes Disahkan Terkehel

November 4th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara pasukan Everton dan Tottenham Hotspur menjadi peristiwa hitam dalam sukan bola sepak. Hal ini kerana pemain pasukan Everton, Andre Gomes mengalami kecederaan teruk pada buku lali kanannya selepas menerima bentesan daripada penyerang Spurs, Son Heung-Min.

Pemain lain turut terkejut

Video tersebut menunjukkan Son Heung-Min mengasari Andre Gomes sebelum rebah di tengah padang dalam keadaan yang menyedihkan. Pemain-pemain lain turut terkejut dengan insiden yang telah berlaku.

Disahkan keretakan dan terkehel

Menurut Astro Awani, pasukan Everton telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan insiden tersebut.

Everton boleh mengesahkan bahawa Andre Gomes akan menjalani pembedahan Isnin ini (awal pagi esok) selepas mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan menentang Tottenham.

Pemain kebangsaan Portugal itu telah diusung keluar padang dalam babak kedua dan terus dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Aintree dan ditemani beberapa ahli pasukan perubatan Everton.

Selepas menjalani pemeriksaan, adalah disahkan bahawa dia mengalami keretakan di buku lali kanan yang terkehel.

Son menangis keluar padang

Son didapati menangis kesedihan kerana berasa sangat bersalah dengan kejadian yang berlaku. Dia turut ditenangkan oleh pemain-pemain Everton supaya tidak menyalahkan diri sendiri dengan apa yang berlaku.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×