berita

[VIDEO] Trio Drama Spontan Kini Baca Berita, Netizen Terhibur Dengan Aksi Bersahaja Yoe & Asif

October 9th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semakin mendapat tempat di hati masyarakat, lawak ‘Drama Spontan’ gandingan Asif dan Yoe pasti membuatkan penonton tidak kering gusi. Menjadi peneraju utama segmen tersebut, ternyata lawak mereka sentiasa ditunggu-tunggu oleh warganet sehingga menjadi trending di laman Youtube.

Terbaru, video trio tersebut menyampaikan berita tular di media sosial dan membuatkan rata-rata penonton terhibur dengan gelagat mereka yang bersahaja.

Impian nak baca berita

https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/957818011220950/?t=4

Menerusi video berdurasi 4:09 saat yang dikongsikan laman Facebook Buletin TV3 semalam, ternyata aksi spontan mereka berjaya membuatkan penonton berasa lucu dan tidak kering gusi apabila menontonnya hingga ke akhir.

Tidak sampai sehari ia dikongsikan di laman Facebook tersebut, video itu telah berjaya mendapat lebih 30k perkongsian dan meraih hampir 10k tanda suka dari warganet.

Respon positif

Video tersebut berjaya menarik perhatian netizen dengan rata-ratanya memberikan komen positif di atas keberanian mereka menyampaikan berita.

Malah, tidak kurang juga ada di antara mereka yang memberikan komen lucu selepas melihat aksi Yoe dan Asif membacakan berita.

Sumber: Facebook Buletin TV3

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×