Penyanyi Siti Nordiana menyangkal dakwaan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi seperti yang kecoh diperkatakan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Siti Nordiana Maafkan Lan Solo & Syura Badron, Kes Saman Lima Sekawan RM2.5 Juta Selesai Cara Baik
Artikel Berkaitan: Siti Nordiana Kongsi Momen Akhir Arwah Bekas Suami Bersama Anak – ‘Malam Sebelum Meninggal Dia Teringin Sangat…’
Konsert solo
Ketika ditemui OhBulan! Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata sidang media yang diadakan pada hari ini bukanlah pengumuman bakal berkahwin.
Kata Nana, dia akan mengadakan ‘Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun‘ pada 11 Mei ini.
Nana nak jemput semua media dan peminat-peminat Nana pada 11 Mei, ‘majlis sandingnya’ di Zepp Kuala Lumpur pada 8.30 malam di Konsert Memori Berkasih 25 Tahun’
Ini adalah pertama kali Nana buat konsert solo secara besar-besaran. Nana tak sabar nak hadiahkan konsert ini untuk peminat-peminat Nana.
Nana berkata demikian semasa di sidang media ekslusif yang berlangsung di restauran Zebra Square, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Dalam pada itu, pelantun lagu Gurauan Berkasih ini turut memohon maaf berikutan foto yang tular di media sosial sebelum ini.
Saya dengan rendah hati memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan mendirikan rumah tangga selepas tersebarnya foto berbusana pengantin baru-baru ini.
Sebenarnya fotografi itu diadakan khusus untuk acara istimewa, julung kali dan sangat bermakna.
Ia untuk konsert perdana sepanjang lebih dua dekat saya berkecimpung dalam dunia seni khususnya muzik.
Konsert ini terlalu istimewa buat saya kerana akan menjadi panggung dan ‘pelamin khas’ untuk saya meraikan karier bersama peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan muzik saya selama ini.
Terdahulu, viral hantaran di media sosial Nana yang menjadi spekulasi gara-gara penyanyi berusia 39 tahun itu menyarung gaun pengantin berwarna putih sambil memegang sejambak bunga.
@ohbulanofficial Siti Nordiana menyangkal dakwaan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi seperti yang kecoh diperkatakan di media sosial. #ohbulan #sembangentertainment #sitinordiana #nafi #bakal #berkahwin ? original sound – OHBULAN!