Nama pendakwah selebriti, Da’i Syed mula menjadi bualan hangat selepas dirinya disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun atas kesalahan merogol.
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Menangis Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Kerana Merogol, Sempat Peluk Isteri Berpantang
Beri pesanan buat mangsa rogol?
Mesej Da’i Syed ini kepada wanita yang dirogolnya, “Hadapilah hidup ini dengan tenang, sebab kita tak tahu kita masuk syurga atau neraka”.
What the hell, man?
pic.twitter.com/MUYnfiFwiK— Roman Akramovich (@SyedAkramin) August 30, 2024
Terbaharu, tular kembali video lama sewaktu Da’i Syed dan isterinya, Hana Ismail hadir sebagai tetamu bagi sesi podcast bersama pempengaruh dan penyanyi, Caprice.
Menerusi potongan video tersebut, pasangan suami isteri ini diminta untuk menyampaikan ‘mesej’ buat mangsa yang difahamkan mengalami kemurungan akibat dirogol.
Menurut Hana, dia memaklumkan seseorang itu perlu cuba memaafkan diri mereka sendiri dan berpendapat bahawa tidak semua perkara yang dilalui perlu diceritakan kepada orang ramai.
Saya nak bagitahu dengan dia yang kita semua melalui ujian. Saya bersimpati dengan apa yang telah berlaku kepadanya.
Cuma saya nak dia faham bahawa tak semua benda dalam dunia kita perlu bagitahu kepada semua orang.
Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah berdamai dengan diri sendiri, maafkan diri sendiri terlebih dahulu dan terima kelemahan serta kelebihan diri.
‘Hadapilah hidup dengan tenang’
Namun apa yang membuatkan segelintir berang ialah apabila mendengar semula ‘pesanan’ Da’i Syed yang meminta mangsa untuk menghadapi hidup dengan tenang.
Saya mohon maaf kalau saya melakukan kesalahan kepada dia.
Hadapilah hidup ini dengan tenang sebab kita tak tahu kita masuk syurga atau neraka. Jadikan dunia ini sebagai syurga.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan tidak berpuas hati dengan ‘pesanan’ itu dan menganggap pendakwah selebriti itu tidak sensitif dengan keadaan wanita itu yang mendakwa sedang mengalami kemurungan pada ketika itu.
Sekadar info, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Komen netizen
Sumber: Aplikasi X