Penyanyi muda dan meningkat naik iaitu Umai, mengakui dia tidak dapat lari daripada kecaman netizen mengenai penampilannya.
Artikel Berkaitan: Tahniah! Anak Saudara Siti Nurhaliza Bakal ‘Road To Hollywood’ – ‘Umai Sayang Kalian Semua’
Artikel Berkaitan: Netizen Kasihan Anak Saudara Siti Nurhaliza Terlalu ‘Dipaksa’ Jadi Penyanyi? Ibu Tampil Pertahan – ‘Umai Buat Atas Minat Sendiri’
Berat badan dikritik
Ketika ditemui OhBulan!, Umai atau nama lengkapnya Ummi Umairah Saiful Anuar mendedahkan terdapat segelintir warganet yang mengkritik tentang fizikalnya.
Walau bagaimanapun, Umai sama sekali tidak terkesan dengan komen sedemikian, malah dia sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.
Bila orang cakap macam itu, saya ambil ia sebagai satu pembakar semangat. Iyalah, saya pun tahu badan saya macam mana. Akan ada satu masa nanti mungkin saya akan dapat berat badan ideal itu.
Anda semua tunggu sahaja…mana tahu dapat jadi macam Mak Iti (panggilan kepada Siti) dulu yang berbadan kerengga.
Awak semua doakanlah saya ini jangan makan banyak sangat sebab saya ini suka makan. Tak boleh nak buang nafsu makan itu… tetapi tak adalah makan secara keterlaluan.
Umai berkata demikian seusai membuat persembahan pada acara Edutainment Fest Simpan SSPN, di Pusat Beli-Belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Anak saudara kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza itu bagaimanapun mengakui pada awalnya dia berasa tertekan dengan perkara tersebut.
Masa awal-awal dahulu adalah juga rasa stres tapi tak apalah, saya ambil semua kata-kata itu sebagai satu cabaran dan sesuatu yang positif.
Saya akan cuba juga usahakan untuk kurus. Saya pun tahu, sekarang orang memang pandang bentuk badan apa semua.
Tak apa, tak apa, saya pasti boleh kurus!
Istiadat Perkahwinan Tengku Puteri Afzan
Dalam pada itu, pemenang World Championships of Performing Arts (WCOPA) ke-27 tersebut turut diundang untuk mengadakan persembahan di istiadat perkahwinan puteri Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar.
Ketika mendapat jemputan untuk bernyanyi di istiadat perkahwinan Tengku Afzan, saya sangat teruja sebab bukan senang untuk buat persembahan di hadapan kerabat diraja.
Sudah semestinya perasaan berdebar itu sangat berbeza apabila buat persembahan dihadapan kerabat dan VIP.
Sementara itu, penyanyi berusia 13 tahun tersebut memaklumkan dia akan mendendangkan empat buah lagu solo dan sebuah lagu duet bersama Farhan Azizan.
@ohbulanofficial Penyanyi muda dan meningkat naik iaitu Umai, mengakui dia tidak dapat lari daripada kecaman netizen mengenai penampilannya. #ohbulan #fyp #news #umai #kecam #berat #badan