Pelakon Ifa Raziah membuat kejutan dengan menghadiahkan anak lelakinya, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, sebuah kereta jenis BMW 3 Series (E30).
Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Bergelek Selepas Akikah, Dibayar RM20,000 Untuk Persembahan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Masuk Syurga’ – Ifa Raziah Menangis Jumpa Ustazah Asma’ Harun
Genaplah usia anakku
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ifa menyatakan kereta mewah itu sempena ulang tahun kelahiran Aqili yang ke-17.
Dalam kapsyen yang ditulis, pengacara berumur 47 tahun itu mendoakan agar anak lelakinya diberikan umur yang panjang serta menjadi anak soleh kepada kedua orang tua.
Rakaman video itu memaparkan reaksi Aqili yang tersenyum gembira selepas memiliki kereta idaman.
Buat SPM betul-betul
Dalam pada itu, pemilik nama Saripah Raziah Mustapha memberitahu Aqili belum lagi memiliki lesen memandu tetapi katanya akan diambil selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pelantun lagu Miss Diva turut memberi peringatan kepada anak bujangnya itu untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan ‘besar’ nanti.
Dia belum ada lesen lagi. Nanti dia akan ambil lesen selepas SPM. Tak buat SPM betul-betul, siap!
Hasil semakan OhBulan!, harga kereta BMW 3 Series itu dianggarkan sekitar RM321,000.
Terdahulu, Ifa pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali namun kedua-duanya berakhir dengan penceraian. Pada tahun 2004, Ifa berkahwin buat kali ketiga dengan Mohd Yani Abdul Rahman dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Shakir Aqili.
Selain itu, Ifa juga mempunyai anak angkat perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah.
Sumber: Instagram @ifa_raziah