Usahawan dan pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menepis dakwaan orang ramai mengatakan semua tudung yang digayakannya mencecah harga ratusan ribu ringgit.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jutawan Tudung, Haliza Maysuri Tak Kisah Belanja Duit Tempah Busana Harga RM250,000 & Dihiasi 83,900 Butir Kristal Swarovski
Ada koleksi tudung ‘murah’
Menerusi perkongsian di TikTok, Haliza berkata dia juga mempunyai tudung yang berharga ‘murah’ bernilai RM1,200.
Jelasnya, meskipun tudung tersebut tidak mencecah ratusan ribu, namun masih kelihatan cantik ketika digayakan.
Viral dekat TikTok, fasal tudung berharga ratus-ratus ribu. Sebenarnya ada sahaja tudung saya yang murah, bukan semua tudung saya mahal.
Contoh yang saya pakai ini tudungnya harga RM1,200 sahaja, tetap cantik, anggun menawan. Bukan semua mahal, saya ada juga pakai tudung yang murah.
Bagaimanapun, perkongsian usahawan itu mendapat reaksi kurang senang orang ramai apabila dia mengatakan harga RM1,200 sebagai ‘murah’.
Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas terkejut mendengar kenyataan tersebut selain ada yang menyifatkan Haliza bersikap ‘riyak’.
Video
@halizamaysuri @ASGALLERIA ? original sound – Haliza Maysuri
Sumber: TikTok