Pemberian angpau merupakan salah satu tradisi ketika sambutan Tahun Baru Cina. Namun, timbul persoalan dalam kalangan penganut agama Islam berkenaan hukum menerima angpau.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Coretan Anak Ustaz Azhar Idrus Buat Ramai Kagum – ‘Terima Kasih Sudi Hantar Ke Kolej, Saya Tahu Banyak Susahkan Umi & Abi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Beza Nafkah Dengan Perbelanjaan Keperluan Dapur? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Penjelasan Ustaz
Menerusi perkongsian di YouTube, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan tentang hukum menerima angpau daripada orang bukan Islam.
Angpau ini seperti duit raya dan ia adalah budaya, bukan agama. Bukan juga dari berhala dan sebagainya.
Hukumnya boleh kerana budaya sahaja.
Bukan dari sumber halal
Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar menegaskan bahawa Muslim tidak boleh menerima angpau andai ia berkait dengan sumber yang haram.
Namun jika berkait dengan perkara yang haram seperti untuk upacara sembahyang, maka tidak boleh.
Kemenangan dari judi, jualan arak, keuntungan dari jual babi maka tak boleh kerana ianya haram.
Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus