Ketika ini ramai pasangan suami isteri yang gemar berkongsi momen-momen kebahagiaan mereka di media sosial, namun ianya menjadi persoalan adakah tindakan tersebut dibolehkan di dalam Islam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Beza Nafkah Dengan Perbelanjaan Keperluan Dapur? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kadang-Kadang Berpisah Sekejap Tanpa Cerai Adalah Membaikkan Keadaan’ – Ustaz Azhar Idrus
Perkongsian suami isteri
@sekadar_kongsi 2/365 Menunjukkan kemesraaan? #uai #sekadarkongsi #ustazazharidrus #fyp? #2025
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus memberi penerangan berkenaan perkara tersebut.
Menurut Ustaz Azhar, memuat naik foto mesra suami dan isteri di media sosial adalah dibenarkan di dalam Islam.
Suami isteri bergambar dan tunjuk mereka bahagia dalam media sosial, boleh atau tidak?
Jawapannya boleh.
Jaga batasan
Walau bagaimanapun, sebagai seorang Muslim, mereka perlu menjaga batasan dengan tidak berkongsi kemesraan secara berlebihan di media sosial.
Semua benda boleh melainkan datang dalil yang mengatakan perkara tersebut tidak boleh dilakukan. Jadi asalnya boleh dahulu, cuma dalam Islam ada batas.
Jangan berlebih-lebihan dalam menunjukkan kemesraan di dalam media sosial. Sekadar yang patut sahaja.
Allah juga benci orang yang berlebih-lebihan. Sikit-sikit sudah.
Sumber: TikTok