Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menegur tindakan segelintir pembeli yang gigih beratur sehari awal demi mendapatkan makanan yang diinginkan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Sistem ‘Support Vendor’ Tak Sah, Kieda Crepe Balas Tak Pernah Paksa Pelanggan Beli
Bukan dah 6 tahun tak makan
@insan_marhaen Nak kejar viral#ustazazharidrus #insanmarhaen #makananviral #fyp ? original sound – Insan marhaen
Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Ustaz Azhar atau lebih mesra disapa UAI menyatakan sikap itu tidak perlu dilakukan kerana bukan dalam keadaan terdesak.
Tegas UAI, itu adalah penyakit akhir zaman kerana terlalu mengejar dunia viral.
Beratur dari 12 malam, pukul 9 pagi esok baru kedai buka. Patutnya esok la pergi beli. Cerdik ka bodoh? Bukan kita kelaparan enam tahun tak ada makanan. Betul tak?
Itu penyakit akhir zaman. Kasih kepada viral. Kasih kepada kemegahan, rasa hebat.
Dalam pada itu, UAI juga ‘menjentik’ peniaga yang sanggup melanggar adat meniaga demi mendapatkan tontonan tinggi dan mengejar keuntungan.
Promosi makanan dalam tiktok sekarang , sebahagiannya bagus. Kerana apa? Dia jaga pantang larang dalam Islam. Tapi sebahagian promosi dalam tiktok, haram!
Bila haram jadilah perniagaan itu tidak ada berkat. Tapi masalah kita sekarang, kita tak perlukan keberkatan dah. Kita nak kejar laku, laris, tontonan pengikut tinggi, rating tinggi, orang banyak datang beli dan pembeli pula rasa hebat dapat beli benda yang viral.
Sumber: TikTok