berita

[VIDEO] Ustaz Tegur Poster Ayat Al-Quran & Gimik Telekung Filem Sijjin – ‘Apa Manfaat Buat Macam Tu?’

December 27th, 2023 | by Alia
Kini Trending

sijjin indonesia

Tular baru-baru ini poster filem seram Indonesia, Sijjin yang didakwa telah menyentuh sensitiviti agama Islam.

Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Berlakon Dalam Filem Pulau, Ini Sebab Alif Satar Terima Tawaran

Artikel Berkaitan: ‘Tak Boleh Brain’ – Syafie Naswip Kecam ‘Marketing’ Murahan Pelakon Nak Promosi Drama

Tidak wajar untuk promosi filem

sijjin indonesia

Menerusi hantaran di TikTok, seorang pendakwah iaitu Ustaz Muhammad Fauzi Jaafar tampil menegur pihak pawagam tempatan yang bertanggungjawab dalam pengedaran filem berkenaan.

Poster itu ada gambar orang tengah kena rasuk. Kemudian dia diselubungi dengan kain dan dekat kain itu dengan jelas ada tulis ayat Al-Quran walaupun tidak ditulis dengan sempurna.

Saya tertanya-tanya juga bagaimana pihak pawagam menguruskan poster-poster tersebut. Macam mana mereka menyelesaikan sebab itu adalah ayat Al-Quran yang sebenarnya tidak boleh ditulis pada poster tersebut. Melainkan poster itu untuk program-program keagamaan maka bolehlah.

Tapi kalau ada orang bergambar dengan poster itu, tidak menutup aurat dan sebagainya..ia adalah satu perkara yang sangat pelik bagi kita.

Dalam pada itu, Ustaz Muhammad Fauzi juga menyoal tentang gimik promosi filem tersebut yang membabitkan beberapa orang individu memakai telekung putih pada hari tayangan perdana dipercayai dengan tujuan untuk menakut-nakutkan penonton.

Saya tak tahu apa manfaat buat macam tu, apa mesej yang nak disampaikan? Yang saya tahu orang solat pakai telekung. Adakah orang pakai telekung ini adalah hantu? Pelik-pelik sekarang ni.

Menurutnya, tindakan tersebut juga boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap ibadah solat.

Jangan jadikan kebiasaan, nanti orang tengok yang memakai telekung ini hantu. Mesej yang nak disampaikan adalah orang yang solat dan pakai telekung adalah hantu, hantu suka pakai telekung macam ini.

Jangan tengoklah cerita-cerita macam tu. Hantu-hantu ini jangan diundanglah.

Susulan itu, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) telah mengarahkan pihak Golden Screen Cinemas (GSC) selaku pengedar filem seram tersebut untuk menarik balik dan membuat penukaran poster.

@seluruh_alam

#sijjin #sijjinthemovie #kakiwayang? #dakwah_islam #mohkemasjid #fyp #fypage #fyp??viral

? Suspense, horror, piano and music box – takaya

Sumber: TikTok, Berita Harian

SKIP THIS AD ×