Personaliti agama dan qariah terkenal, Ustazah Sharifah Khasif memberi pandangan berhubung isu selebriti yang bertindak menanggalkan tudung baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Mawar Rashid Buka Tudung – ‘Dah Cuba Tetapi Gagal’
Artikel Berkaitan: Tidak Patut Dicontohi, Ini Antara Saya Dengan Allah’ – Mawar Rashid Bersuara Isu Buka Tudung
Cari hidayah Allah
Menerusi video yang dimuat naik, Ustazah Sharifah Khasif menjelaskan isu berkenaan melalui konsep Inabah iaitu kembali kepada Allah yang dilihat perlu ada dalam diri setiap muslim.
Kita kena faham konsep Inabah, Inabah ini setiap orang memang kena ada. Kalau dia ada Inabah untuk mendapat hidayah..untuk membuat kebaikan, bila ada sifat Inabah iaitu sifat keinginan, maka Allah akan tarik dia.
Kalau kita bercakap tentang taqwa, ya kita takut dengan Allah, kita tinggalkan apa yang dilarang dan buat apa yang Allah suruh. Tetapi sejauh mana keimanan kita? Adakah kita memilih-milih benda yang kita nak buat?
Mengulas lanjut, pendakwah tersebut berkata setiap muslim perlulah mencari hidayah Allah maka Allah akan membantu hambaNya menjadi insan yang lebih baik.
Apa yang disebutkan di dalam Al-Quran kita kena mengikutnya 100%, tak boleh benda yang kita suka sahaja kita buat, bila ada benda yang kita rasa susah kita ada pulak sebab-sebab.. ‘belum lagi, belum dapat hidayah’. Allah tak akan bagi hidayah kepada orang yang tidak mencari hidayah itu.
Sebab itu ada keinginan, maka Allah akan tarik secara perlahan-lahan. Berjumpa dengan orang sekeliling yang baik-baik dan mengingatkan dia tentang akhirat, tentang kiamat kecil dan kiamat besar.
Terdahulu, pelakon Mawar Rashid telah mendapat perhatian ramai pihak susulan aktres itu mengumumkan bahawa dia kini tidak lagi memakai tudung dengan memuat naik dua keping gambar di Instagram miliknya.
@mingguanwanita Bila trend “tudung terbang” hangat diperkatakan hari ini. Pandangan Ustazah Sharifah Khasif berkaitan perkara ini perlu diberi perhatian. #mingguanwanita #mingguanwanitaambiltahu
Sumber: TikTok