Di Instagram, pengacara, Uyaina Arshad berkongsi sebuah video ketika berdepan kemalangan kecil apabila terjatuh dari pentas di D’Aacademy Asia di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.
Berikutan daripada itu, otot kaki kanan Uyaina terkoyak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Menangis Terharu Suami Beri Kata Semangat & Doa Ketika Siaran Langsung Dangdut Academy Asia 6
Artikel Berkaitan: ‘Banyak Benda Kena Fikir Bila Jadi Isteri & Ibu’ – Uyaina Arshad Akui Berat Untuk Balik Ke Indonesia
Otot kaki kanan koyak
Menurut Uyaina, insiden itu berlaku ketika dia menyapa rakan pengacara, Jirayut yang sibuk melakukan raptai untuk program realiti dangdut berkenaan.
Kejadian berlaku lebih kurang sejam atau dua jam sebelum siaran langsung bermula. Ketika itu, rakan pengacara, Jirayut rancak melakukan raptai. Saya memang rapat dengannya dan teruja bila nampak dia sibuk buat raptai.
Jadi, saya terus pergi menuju ke arah Jirayut dan terlupa bahawa di pentas itu, ada bahagian ‘kolam’ yang menjadi tempat penonton berdiri. Saya ingatkan, ia (kolam itu) di belakang lagi, tapi, sedar-sedar saya dah terjatuh.
Mujur saya tak tersembam atau apa, tetapi jatuh secara berdiri. Cuma, kaki saya pula terpelecok.
Ujar Uyaina, dia menganggap insiden itu hanya perkara kecil namun, terpaksa akur dengan keadaan kaki yang semakin sakit.
Tapi, selepas itu saya yakin lagi untuk bersiaran secara langsung. Dah lepas bersolek dan nak pakai pakaian, baru saya mula rasa sakit. Bila nak sarung kasut tumit tinggi, memang tak boleh. Jadi, saya beritahu produksi, kena pakai kasut rata dan pakailah selipar.
Kemudian, saya mula tak boleh nak memijak lantai. Jalan pun kena perlahan-lahan. Tapi, saya teruskan juga bersiaran sebab rasa masih boleh bekerja. Ketika masih bersiaran, nak jadi cerita rakan pengacara, Gilang Dirga pula terpijak kaki saya. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kaki jadi lebih sakit.
Selepas selesai kerja, saya terus dikejarkan ke hospital dan mujurlah tidak ada patah atau retak. Cuma, apabila ahli fisioterapi datang untuk buat pemeriksaan keesokan harinya, saya diberitahu ada otot terkoyak.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Uyaina & Berita Harian