Umum mengetahui, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad kembali mengacara program D’Academy Asia 6 di Indonesia. Sebagai salah seorang hos, Uyaina dilihat sangat komited terhadap kerjayanya meskipun terpaksa berjauhan dengan suami tercinta, Raja Syahiran.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Naikkan Gaji Hos!’ – Netizen Puji Uyaina & Jirayut Bantu Terjemah Pelbagai Bahasa Untuk Peserta Program Dangdut
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Saksi Tengok ‘Struggle’ Mak, Gadai Barang Emas Untuk Besarkan 4 Anak Seorang Diri
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Kisah Digelar Terpaling Ibu’ – Uyaina Arshad
Sentiasa beri sokongan
Menerusi konsert Top 30 group yang keempat semalam, Raja Syahiran dilihat tampil di studio Indosiar bagi memberikan sokongan terhadap Uyaina. Lebih mencuri tumpuan, Uyaina kelihatan sebak sebaik sahaja mendengar sokongan dan doa yang diberikan oleh suaminya ketika pertandingan tersebut bersiaran secara langsung.
Ujar Uyaina, dia sangat beruntung kerana mempunyai suami yang baik dan sentiasa menyokong minatnya. Berbicara lebih lanjut, Uyaina berkata suaminya sangat kagum melihat kesungguhan semua orang yang terlibat dalam pertandingan D’Academy Asia 6 tahun ini.
Dia cakap, ‘gilalah show you. Dahsyat sangat energy semua orang. I culture shock sekejap’. Haha! But you were great, love! Habis semua orang dekat sini panggil dia hubby juga. Btw, ada yang nonton?
Video
Sumber: Uyaina Arshad