Semalam, media digemparkan dengan satu kejadian tembakan yang berlaku di pusat beli-belah, Setia City Mall, Setia Alam hingga membuatkan ratusan pengunjung panik.
Artikel Berkaitan: Vanessa Terpaksa Beradaptasi & Menyesuaikan Diri Dengan Gaya Nyanyian Yang Berbeza Demi ‘Erti Rindu’
Artikel Berkaitan: Vanessa Reynauld Sertai Pertandingan Di China, Berjaya Buat 4 Mentor ‘Ternganga’
Cemas dan takut
Insiden cemas itu turut dihadapi oleh penyanyi muda berbakat besar, Vanessa Reynauld yang berada di situ untuk membeli barang.
Menerusi video di TikTok, Vanessa mengakui dia berasa takut dengan kejadian tersebut susulan tidak pernah mengalaminya sebelum ini.
Saya pergi ke Setia City Mall untuk melakukan quick errand tetapi malangnya kejadian ini (tembak) berlaku.
Ini kali pertama saya mengalami perkara seperti ini dan sangat menakutkan!
Sekarang saya sudah pulang dengan selamat, berharap dan berdoa agar mangsa selamat.
Apabila ditanya sama ada dia benar-benar melihat insiden itu berlaku depan matanya, Vanessa mengiyakan soalan tersebut.
Belas peserta program nyanyian terkenal di China iaitu ‘Sing! China 2023’ turut berkata insiden itu hanya berlaku di sebelah kedai yang dia singgah.
Tembakan itu berlaku di sebelah kedai yang saya singgah.
Tembakan di Setia Alam
Sebelum ini, polis mengesahkan satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam.
Terdahulu, tular di Facebook Setia Alam Residents mengenai kejadian terbabit yang didakwa di sebuah kedai emas di pusat-beli belah di situ.
Sumber: TikTok