Viral di laman sosial semalam satu video Ketua Pegawai Operasi (COO) Felcra Berhad, Mohd. Khairi Mahamor meninggikan suara di depan stafnya di ladang sawit. Walaupun ada yang mempertikai tindakan Mohd Khairi itu, tidak kurang juga memuji cara ‘mengajarnya’.
Salah seorang staf Felcra yang berada di tempat kejadian menjelaskan apa yang terjadi ketika itu.
Dirakam di Sungai Batu, Pahang
Akhlak seorang pemimpin yang baru 4 bulan dilantik menjadi Chief Operating Officer/Executive Officer Felcra Berhad.
Inilah kualiti pemimpin lantikan Kerajaan Pakatan Harapan.
Nilaikan sendiri. pic.twitter.com/aebySzqwjr
— lovelydarshan (@ladydarshankaur) March 5, 2019
Menurut Kosmo!, video berkenaan dirakam di ladang sawit di Sungai Batu, Pahang baru-baru ini. Dalam video berdurasi lebih seminit itu, Mohd Khairi dilihat memarahi pekerjanya yang tidak menggunakan kembali beg baja yang telah digunakan.
Malahan, COO itu juga pekerjanya itu tidak mengambil jalan untuk menerangkan apa-apa keputusan dan hanya mengikuti cakap-cakap orang tanpa melawan.
Beri penerangan sebelum maki
Tadi tengok versi maki. Ini versi seorang ketua yang bagus. pic.twitter.com/bvUQlla5hZ
— PU BG (@ottel) March 5, 2019
Dalam satu versi rakaman video lain, Mohd Khairi dilihat menerangkan kepada kumpulan pekerjanya mengenai logik di sebalik cara pengendalian pelepah sawit.
Ini respon staf
Ini pulak orang yang kena maki beri penjelasan. pic.twitter.com/nksi2zOEYk
— PU BG (@ottel) March 5, 2019
Dalam satu tweet, salah seorang staf yang berada di tempat kejadian menjelaskan apa yang berlaku. Menurut staf wanita berkenaan, penemuan banyak buah muda berbanding buah masak dilihat sebagai satu kerugian. Tambahnya, cara pengajaran Mohd Khairi itu sudah menjadi kebiasaan untuk mereka.
Satu lagi isu pembakaran beg baja yang boleh digunakan semula, menurut wanita itu lagi, berkemungkinan pekerja ladang terlalu gementar sehingga tersalah cakap ketika ditanya Mohd Khairi.
Sumber: Ottel