berita

[VIDEO] Viral Kisah Scammer Rusia Konon ‘Terkandas’ Malaysia, Kini Berada Di Perak Pula?

June 6th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Terdahulu, isu mengenai dua orang pelancong Rusia yang dikatakan ‘terkandas’ di Malaysia ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rupa-rupanya adalah seorang scammer. Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Apishh Peace mendakwa bahawa melihat mereka berdua di kawasan Tapah, Perak.

Kelibat mereka kelihatan di Perak


Pada awalnya, kelibat kedua-dua warga Rusia tersebut dipercayai dilihat di Temerloh, Pahang sebelum mereka dibantu oleh pihak polis dan diserahkan kepada kedutaan Rusia di Malaysia. Selain di Pahang, kedua-dua mereka juga dipercayai menggunakan modus operandi yang sama dengan meminta ‘bantuan’ di Tesco Putra Nilai, Negeri Sembilan.

Lebih mengejutkan apabila mendapati warga Rusia tersebut kini telah berada di salah sebuah pasaraya yang terletak di Tapah, Perak. Menerusi video yang dimuatnaik oleh Apishh memaparkan beberapa orang pegawai polis yang sedang menjalankan tugas dengan menyiasat sesuatu sambil membawa sekeping surat menuju masuk ke dalam sebuah premis telekomunikasi yang terletak di kawasan berkenaan.

Yang ni ke mat salleh yang viral tu? Sekarang Ada di kawasan Tapah, Perak. Hati-hati ye kome.

Polis jalankan siasatan

Menerusi satu lagi video yang dikongsikan juga kelihatan pegawai polis yang berada di tepi jalan seperti sedang menulis sesuatu pada kertas sementara kedua-dua orang ‘scammer’ berkenaan turut berada di kawasan yang sama. Berdasarkan video tersebut, wajah kedua-dua pelancong berkenaan mirip dengan pelancong yang pernah terkandas di Pahang dan Negeri Sembilan sebelum ini. Malah, pakaian yang dipakai oleh salah seorang daripada mereka juga seakan sama.

Sumber: Apishh Peace

SKIP THIS AD ×