berita

Video Viral: Lelaki Dakwa Ditumbuk 3 Kali Oleh Polis

January 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam tular satu video di media sosial, apabila seorang penunggang motosikal dikatakan telah ditumbuk oleh anggota polis trafik. Berikutan insiden tersebut, anggota polis itu telah membuat laporan bagi melindungi dirinya jika video tersebut disalah erti oleh warganet. Kejadian tersebut berlaku berdekatan lebuh raya Persekutuan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penunggang Motosikal Cuba Lari Dari Roadblock Sebelum ‘Ditumbuk’ Polis?

Terbaru lapor Harian Metropenunggang motosikal itu dikenali sebagai Muhammad Farhan Awang Kafli, 30, mendakwa dia telah ditumbuk sebanyak tiga kali oleh polis itu.

Tiga kali kena tumbuk

Dakwa lelaki tersebut, polis tersebut tidak menceritakan perkara sebenar. Difahamkan, lelaki itu dalam perjalanan menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum melalui satu sekatan jalan raya (SJR).

Tiga kali dia tumbuk muka saya, apa yang dia (anggota polis) nafikan itu adalah tidak benar, sebaliknya dia sudah menumbuk saya dua kali sebelum video itu dirakam. Saya memang akui bersalah kerana cuba melarikan diri tetapi saya berhenti apabila ditahan.

Jelasnya lagi, selepas dia telah ditumbuk sebanyak dua kali, polis itu datang semula dengan merampas kunci motonya. Tidak berakhir di situ, polis itu turut menuduhnya telah melanggar kakinya.

Bukan sahaja ditumbuk

Sekadar gambar hiasan

Ketika kejadian, dia ketika itu cuba untuk menjelaskan keadaanya namun dibalas dengan tumbukan dan kata-kata kesat.

Dia beritahu isteri saya kenapa saya ini bodoh sangat, saya tahu saya melakukan kesalahan namun tindakan dia (anggota polis) itu tidak boleh diterima. Saya sudah cuba menjelaskan bahawa saya tidak melanggar kaki dia, namun dia tidak boleh terima dan menumbuk saya.

Susulan insiden itu, penunggang motosikal itu bersama isterinya telah tampil membuat laporan polis bagi menjelaskan apa yang telah terjadi.

Saya berharap siasatan yang telus dapat dijalankan kerana tindakan anggota polis itu tidak boleh diterima. Sekali lagi saya mengaku saya melakukan kesalahan tetapi tidak boleh menghukum saya dengan cara begitu.

Sebelum ini, tular satu video yang menunjukkan seorang anggota polis menumbuk seorang penunggang motosikal yang ditahan di tepi jalan.

Sumber: Harian Metro 

SKIP THIS AD ×