Gara-gara tidak berpuas hati berkenaan penutupan satu jalan, satu video viral di laman sosial menunjukkan ketegangan yang terjadi antara seorang wakil rakyat dan penduduk. Sesi perbincangan yang sepatutnya berlangsung harmoni bertambah tegang apabila wakil rakyat berkenaan mula meninggikan suara.
Namun, apa sebenarnya yang berlaku sehingga tercetusnya perang mulut antara kedua-dua belah pihak?
Perbincangan bertukar bertikam lidah
YB Dap ni dah dua tiga kali tau biadap macam ini. Haritu kes baja, ini kes tutup jalan. Dia sedar tak baruah ni dulu sebelum join politik bawa van kilang je? Sekarang ada power cakap orang tua tu tak sekolah.
Celaka punya YB jahanam lah kau babi next PRU nanti. pic.twitter.com/mUEeyoHAsh
— HermyR (@HermyRahim) October 9, 2018
Perbincangan antara sekumpulan penduduk dan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee yang diadakan bagi menyelesaikan masalah itu bertukar sebaliknya menjadi pertelagahan.
Dua jalan alternatif di Taman Akasia, Pengkalan Batu, Melaka Tengah ditutup sehingga menyukarkan penduduk berhampiran menjalankan urusan seharian.
Ia berlaku apabila sekumpulan kira-kira 20 wakil penduduk kampung terbabit menghampiri dan menyapa Norhizam Hassan Baktee yang hadir bagi menjelaskan isu penutupan jalan berkenaan.
Wakil penduduk, Juliah Mohamat berkata, penduduk perlu berunding kerana jalan terbabit digunakan bukan sekadar orang kampung, malahan pengguna penduduk sekitarnya juga.
Rundingan perlu dilakukan kerana ia jalan utama bukan saja digunakan penduduk kampung ini, malah mereka yang tinggal di Bukit Beruang dan Ayer Keroh turut menggunakannya.
Keputusan penutupan jalan ini dibuat secara terburu-buru tanpa sebarang rundingan bersama penduduk kampung.
Diluluskan 1 Oktober, dilaksanakan keesokannya
Menurut laporan Sinar Harian, Norhizam berkata keputusan dibuat untuk menutup jalan terbabit adalah mengikut peruntukan undang-undang. Tambahnya, apa yang menjadi pertimbangannya adalah keselamatan kanak-kanak yang terancam dek kelajuan kenderaan dipandu di jalan itu.
Keputusan penutupan jalan itu dibuat selepas penduduk merasakan keselamatan terutama kanak-kanak apabila kenderaan yang melalui kawasan itu dipandu dalam keadaan laju.
Selain ia juga untuk mengelakkan kecurian motosikal daripada terus berlaku, kerana sebelum ini terdapat lima kes dilaporkan. Ia bukan bermakna kami menyebelahi penduduk taman.
Sepatutnya penduduk tahu membezakan mana satu jalan alternatif dan utama (persekutuan). Setahu saya jalan taman untuk orang taman.
Sebelum ianya (keputusan) dibuat, saya sudah buka buku dan melihat peruntukan undang-undang sedia ada. Kalau penduduk kampung merasakan saya menyebelahi penduduk taman, mereka boleh melantik peguam dan kita lakukan mengikut undang-undang.
Sumber: Berita Harian, Sinar Harian, Hermy Rahim