Fesyen ‘old money’ menjadi trending baru-baru ini sehingga ramai pemuda dilihat mula mencuba menggayakan fesyen tersebut di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wak Doyok Tayang Fesyen ‘Old Money’, Netizen Tanya Tak Nak Beli TRX Ke? – ‘Mengarut Sangat Tu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Tubuh Geng ‘Old Money’, Netizen Komen – ‘Benda Ini Tak Boleh Dibuat-Buat’
Imbas gaya 2015
View this post on Instagram
Ikon fesyen, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor mengimbas kembali video yang pernah diambil pada tahun 2015 ketika dia menggayakan fesyen ‘old money’ bersama beberapa orang rakan artis dan teman-temannya.
The sartorialist gentleman style #2015.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan penampilan Wak Doyok adalah gaya ‘old money’ yang paling tepat kerana telah mencetuskan trend tersebut sejak sembilan tahun lalu.
The original old money style. Wak dah buat lama dah.
Wak punya style tak ada siapa boleh tanding..sifu ‘old money’.
Wak Doyok berkarisma,misteri dan penuh dengan kejutan.
Caprice sokong
Menerusi hantaran di Instagram Story pula, pempengaruh Caprice memuat naik foto Wak Doyok dengan memuji cara dia menggayakan fesyen berkenaan.
Ini baru nampak ‘old money’ yang sebenar.
Sumber: IG Caprice, IG Wak Doyok