Seorang individu yang mengaku dirinya wakil penganjur Konsert Hitman Return David Foster & Friends Live in Indonesia tampil memberi penjelasan mengenai isu penyanyi antarabangsa Jessie J yang menarik diri di saat akhir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Tumpang Gembira Impian Siti Nurhaliza Beli Kereta Mewah Range Rover Tercapai – ‘Ini Rezeki Anak-Anak Saya’
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Dapat Standing Ovation, Katherine McPhee Beli Kasut Baru! Ini 8 Momen Menarik Konsert Hitman: David Foster & Friends
Jessie J bermasalah?
Menerusi hantaran di TikTok, wakil penganjur yang dikenali sebagai Cynthia Tan mendakwa Jessei J menarik diri daripada membuat persembahan di konsert tersebut yang berlangsung pada 15 Jun lalu dengan alasan mempunyai masalah mental.
Kata Cynthia, pihaknya sudah melakukan pelbagai cara untuk memujuk penyanyi berkenaan agar tidak menarik diri, namun usahanya gagal.
Pada 1 Jun, Jessie J sekeluarga bersama pengurus dan stylish dia datang ke Indonesia kerana ada persembahan private di sebuah majlis yang berlangsung pada 2 Jun. Jadi pihak kami mengetahui tentang hal itu, kami menawarkan percutian kepadanya supaya tidak perlu pulang ke UK memandangkan konsert David Foster akan berlangsung pada 15 Jun.
Pihak Jessie J bersetuju dan terima tawaran percutian yang diberikan oleh pihak kami. Tetapi apa yang mengejutkan adalah secara tiba-tiba pada 9 Jun, pihak kami terima email daripada pihak Jessie J yang mengatakan mereka mahu pulang ke UK dengan alasan dia ada ‘mental health’.
Kami sudah bersusaha pelbagai cara dan pujuk pihak Jessie J, namun mereka tetap mahu pulang tanpa alasan yang jelas. Lebih mengejutkan lagi, ada yang mengatakan Jessie J ini memang suka batal persembahan pada saat akhir.
Dalam perkongsian sama, Cynthia berkata, pihak penganjut juga mendakwa telah membuat pembayaran penuh kepada pelantun lagu Price Tag itu sebelum konsert berlangsung.
Pihak konsert sudah membuat pembayaran penuh kepada Jessie J, jadi isu bayaran tidak wujud. Malah dia juga sudah membuat promosi konsert. Jadi bukan kalian (peminat) yang kecewa tetapi pihak kami juga sangat kecewa.
Justeru, Cynthia berkata, selepas berfikir panjang, pihaknya mengambil keputusan saat akhir untuk mengundang penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menggantikan posisi Jessie J.
Pihak promoter sangat bingung termasuk saya tidak dapat tidur. Jadi supaya peminat tidak berasa kecewa dengan waktu yang agak suntuk. Akhirnya digantikan dengan penyanyi Malaysia, Siti Nurhaliza.
Jujur, Siti Nurhaliza sangat ikonik dan dia juga memiliki suara yang sangat bagus. Jadi itulah keputusan.
Video
@cynthiatan__Aku jarang bngt bkin video abt my husband work Tp kayanya kali ini harus spy kalian ga penasaran kronologinya dan ini point of view aku as a wife of the promoter? original sound – CynthiaTan
Sumber: TikTok