Suami kepada pelakon terkenal, Mira Filzah iaitu Wan Emir meraih perhatian netizen dengan kemunculannya sebagai pengasas bagi aplikasi ReMeal.
Artikel Berkaitan: Bawa Watak Isteri Dicurangi, Mira Filzah Taruh Kepercayaan Pada Suami – ‘Ada Rasa Takut, Tapi Berlakon & Realiti Berbeza’
Artikel Berkaitan: Mira Filzah & Suami Pilih Nama Wan Khair Amir, Peminat Puji Nama Anak Sedap
Aplikasi yang berguna
@kl.foodieFirst ever homegrown app that let you purchase surplus food with a discounted price ??? Start saving surplus food and money today? original sound – klfoodie
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Wan Emir Astar, 35, dilihat memperkenalkan aplikasi yang direka khas untuk mengelakkan pembaziran makanan di Malaysia.
Menurutnya, kini ReMeal memiliki 40 cawangan dan akan berkembang lagi.
ReMeal adalah aplikasi tempatan pertama di Malaysia yang menyelamatkan makanan yang berlebihan.
Makanan berlebihan ini yang dijumpai di kafe dan hotel.
Pada asasnya, sesiapa sahaja dalam industri makanan dan minuman atau yang berpotensi mempunyai lebihan makanan.
Tambah Emir, makanan yang dimasukkan ke dalam aplikasinya adalah 50 peratus lebih murah daripada harga asal.
Walau bagaimanapun, ianya tetap bergantung pada pemilik kafe atau hotel itu tersebut.
Netizen puji
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pelakon Mira Filzah bertuah kerana memiliki suami seperti Wan Emir. Selain itu, warganet turut kagum dengan idea yang dijayakan oleh Emir untuk mengurangkan pembaziran makanan di Malaysia.
Sumber: TikTok @klfoodie