berita

Video : Wang Lee Hom & Najwa Latif Duet Lagu Mandarin

April 2nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Najwa Latiff & Wang Lee Hom

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu ‘Cinta Muka Buku,’  Najwa Latiff baru-baru ini telah diberi penghormatan untuk berduet dengan penyanyi dari Taiwan iaitu Wang Lee Hom ketika berlangsungnya konsert Music Man 2.

Menerusi respond yang diberikan oleh penonton-penonton di laman YouTube, ramai yang telah memuji persembahan Najwa dan kami sendiri merasa bangga dengan kejayaan penyanyi ini.

Wah, nampaknya bukan setakat Najwa Latiff sahaja yang mampu menyanyikan lagu bahasa mandarin dengan bagus, malah Wang Lee Hom juga kelihatannya turut mampu menyanyikan lagu ‘Getaran Jiwa’ dalam versi Bahasa Melayu dengan begitu baik sekali. Kagum sungguh!

Jom layan persembahan mantap Najwa dan Wang Lee Hom selepas ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×