Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang wanita bernama Pebriyanti berkongsi gambar pernikahannya bersama seorang lelaki yang memiliki jarak usia sebanyak 34 tahun.
Artikel Berkaitan:Kongsi Tarikh ‘Birthday’ Sama Dengan Aidil, Fasha Sandha Doa Jejai Cepat Kahwin
Kahwini kawan kepada ayah
Menurut laporan Wolipop, Pebriyanti, 19, telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Nurhadi yang berusia 53 tahun. Menariknya, Nurhadi merupakan kawan kepada ayah kandung Pebriyanti yang dikenalinya sejak berusia lima atau enam tahun.
Ketika abi (panggilan suaminya) datang ke rumah bersama bekas isterinya. Dulu hanya kenal macam itu sahaja sebab abi sahabat ayah yang sering berkunjung ke rumah.
Kemudian terputus hubungan untuk sekian lama sehingga akhirnya saya berumur 19 tahun. Entah kenapa ayah ingin berjumpa kawan-kawan dia.. Ayah bertanya rakan-rakannya sehingga menerima alamat rumah abi.
Ketika Pebriyanti mengunjungi rumah Nurhadi bersama keluarganya, mereka mendapati bahawa isteri Nurhadi telah meninggal dunia.
Sebab saya seorang yang ceria, gembira, jadi datanglah keselesaan. Abi menyediakan saya makanan dan ia menyebabkan saya berasa selesa dan tertarik.
Tidak lama selepas pertemuan itu, mereka bertukar nombor WhatsApp dan kemudian mula berhubung antara satu sama lain yang akhirnya membawa kepada satu hubungan yang serius.
Sehingga akhirnya, pada 1 Mei 2023 abi segera datang ke rumah saya dan menetapkan tarikh perkahwinan pada 1 Julai 2023.
Pebriyanti akui tersentuh dengan keperibadian Nurhadi yang rajin dan bertanggungjawab. Dia juga yakin Nurhadi adalah anugerah daripada Allah SWT untuk membimbingnya menjadi seorang insan yang lebih baik di masa hadapan.
Video
@bybyhhy #CapCut pelindungku setelah ayahku? syukron jazakallah khoir abi??? #pengantinviral #pengantinbaru #barbar #fyp #fyp? #pengantinmuda #pengantinmuda? #ratu #princess #fyp??viral #fypdongggggggg ? suara asli – Biiii
Sumber: Wolipop