Di platfom TikTok, seorang pemandu lori berkongsi sebuah video memaparkan seorang remaja perempuan yang duduk secara bersendirian di bahu jalan. Video tersebut bagaimanapun, telah tular dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang ingin mengetahui punca remaja itu berbuat demikian.
Artikel Berkaitan: Konon Dapat ‘Petunjuk’ Kena Kahwin Dengan Gadis 19 Tahun, Lelaki Tak Berganjak Tunggu Depan Pagar Rumah
Artikel Berkaitan: ‘Mana Ada Orang Tinggal Dalam Hutan Tu….’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Je Nak Tegur Tapi Teringat Jiran Baru Meninggal Dunia 7 Hari Lepas…
Duduk sorang-sorang di bahu jalan
Menerusi video pendek dikongsi, memaparkan seorang remaja perempuan yang sedang duduk bercangkung di bahu jalan tanpa ditemani oleh sesiapa pun ketika itu. Ujar pemilik video itu, kejadian tersebut berlaku semalam (12 November) jam 4.30 pagi di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban.
Mengulas lebih lanjut, lelaki ini turut menceritakan satu laporan polis telah dibuat dan berharap gadis tersebut dapat pulang ke pangkuan keluarganya semula.
Cerita di subuh hari. 12/11/2021 4.3o pagi di RnR Seremban. Seorang remaja perempuan.
Laporan polis telah dibuat. Harap waris atau sapa yang mengenali.
Di hujung video tersebut, pemandu lori ini sempat meminta gadis ini supaya tidak duduk di tengah jalan dan bertanyakan akan keadannya namun, gadis ini sama sekali tidak memberikan respon.
Dik, duduk tepi nanti kena langgar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut risau dengan keadaan gadis ini dan mendakwa dia mempunyai masalah yang tersendiri.
Video penuh:
@harungkalcerita disubuh hari….. 12/11/2021 4.30am rnr seromban… seorang remaja perempuan… report plass sudah dibuat… harap waris atau saper yg mengenli? original sound – D405 – Aji_Racing
Bahaya sorang-sorang macam tu
Sumber: Harungkal