Personaliti media sosial, Norreen Iman antara pempengaruh yang sering berinteraksi dengan pengikutnya di media sosial dengan menjawab soalan-soalan daripada mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Eloklah Suami Ikut Kemahuan Saya, Daripada Dia Ikut Kemahuan Isteri Orang Lain’ – Norreen Iman
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norren Iman Tak Putus Doa Minta Nak Tunai Umrah Dengan Suami – ‘Tak Satu Bilik Takpa, Asalkan Ada Sekali’
Pendapat Norreen
@norenrkktkw
Menerusi perkongsian di Instagram Story, seorang warganet meluahkan kepada Norreen bahawa dia berasa sunyi selepas mendirikan rumah tangga.
Sunyi sejak kahwin. Bukan apa cuma tak ada kawan-kawan yang borak-borak perempuan..dari hati ke hati.
Menurut Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah adalah lebih baik jika setiap perkara atau masalah diadukan kepada Yang Maha Esa terutama perihal rumah tangga.
Saya faham. Tetapi sebagai seorang isteri, kadang kala apabila kita ingin bercakap sesuatu tentang rumah tangga kita, saya rasa lebih baik jika kita mengadu pada Allah.
Dalam pada itu, Norreen berkata, manusia hanya boleh mendengar namun tidak dapat menyelesaikan masalah.
Mungkin seseorang itu hanya boleh mendengar tapi dia tidak boleh beri jalan penyelesaian terhadap apa yang awak sedang lalui.
Kalau orang cuba tolong pun, tak tahu lagi boleh atau tidak untuk kita lakukan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Norreen kerana Allah SWT adalah sebaik-baik tempat meluah.
Sumber: TikTok