Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang individu yang dipercayai merupakan wanita yang mengomel apabila keretanya terkena cebisan rumput ketika sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat.
Artikel Berkaitan: ‘Kahwin Lah Bro Nanti Bagi Bini Buat Kerja Rumah’ – Buat Wanita Macam Orang Gaji, Kenyataan Seorang Individu Teruk Dikecam
Baru lepas basuh kereta
Marah betul tu.. tapi tu kerja dia ? pic.twitter.com/HEtuwFT6Qq
— ?? (@localrkyt) December 3, 2023
Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang pekerja sedang memotong rumput di pembahagi jalan sewaktu lampu isyarat menunjukkan warna merah.
Kedengaran wanita terbabit merungut tidak puas hati terhadap pekerja tersebut kerana keretanya baru saja dicuci sebelum kejadian berlaku.
Aku marah ni, Lailahaillallah. Kereta ni dah lah baru basuh.
Astaghfirullah, Ya Allah, Ya Rabbi. Apa benda ni?
Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya mempertikaikan tindakan individu terbabit.
Dikecam netizen
Menjengah ke ruangan komen, wargamaya mengecam individu terbabit yang dilihat seakan kurang beradab terhadap pekerja yang sedang memotong rumput itu.
Mereka juga berpendapat, wanita berkenaan tidak sepatutnya bersikap sebegitu kerana lelaki yang sedang memotong rumput itu hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja.
Sumber: Aplikasi X