berita

‘Kahwin Lah Bro Nanti Bagi Bini Buat Kerja Rumah’ – Buat Wanita Macam Orang Gaji, Kenyataan Seorang Individu Teruk Dikecam

August 17th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Buat Orang Perempuan Macam Orang Gaji

Baru-baru ini, seorang lelaki memuat naik beberapa gambar keadaan kediamannya selepas dibersihkan sendirian di Twitter.

Artikel Berkaitan: ‘Jenis Tak Reti Bersyukur’ – Salahkan Isteri Asyik Beranak ‘Baby Girl’, Lelaki Teruk Dikecam Wargamaya

Tiga jam bersih rumah

Menerusi ciapan yang dimuat naiknya itu, pengguna Twitter yang dikenali sebagai Razha itu memaklumkan bahawa dia mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah untuk membersihkan rumahnya itu.

Namun begitu, dia menerima pula komen yang kurang enak daripada seorang pengikutnya yang menasihatinya untuk segera berkahwin.

Kahwin lah bro nanti bagi bini je yang buat kerja rumah.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan pemuda tersebut ternyata tidak dipersetujui netizen di media sosial.

Respon netizen

Buat Wanita Macam Orang Gaji

Buat Wanita Macam Orang Gaji

Buat Wanita Macam Orang Gaji

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam lelaki tersebut kerana berfikiran sebegitu kepada kaum wanita.

Bukan itu sahaja, ramai di kalangan netizen yang berdoa agar tidak dijodohkan dengan individu yang pemikiran sama seperti itu.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×