‘Islamophobia’ atau ketakutan terhadap Islam memang diketahui sudah lama wujud khususnya di negara-negara barat. Mereka ini sering membawa persepsi bahawa Islam itu kononnya ganas sehingga sanggup melakukan pelbagai perkara terkutuk terhadap orang Islam dan menunjukkan kebencian mereka.
Terbaru di Australia, seorang lelaki dipercayai Islamophobia sanggup bertindak kejam terhadap seorang wanita Islam yang sedang sarat mengandung di sebuah tempat awam.
Tumbuk wanita hamil
Menerusi rakaman kamera keselamatan (CCTV) di dalam sebuah kafe di Sydney itu, ia jelas menunjukkan seorang lelaki menghampiri meja yang sedang diduduki oleh tiga wanita bertudung.
Bagaimanapun secara tiba-tiba, lelaki tersebut dilihat menerpa ke meja tersebut dan menyerang seorang wanita yang sedang sarat hamil dengan menumbuk serta memijaknya hingga ke lantai.
Dapat dilihat selepas ditumbuk beberapa kali, wanita malang itu jatuh dan melutut di atas tanah manakala pelanggan lain menahan lelaki tersebut.
Kandungan sudah 38 minggu
Menerusi laporan Harian Metro, pihak berkuasa polis tempatan berkata kandungan wanita itu sudah berusia 38 minggu.
Polis berkata, suspek berusia 43 tahun itu didakwa melakukan serangan fizikal dan pergaduhan di tempat awam malah dia tidak dibenarkan diikat jamin.
Menurut Persekutuan Majlis Islam Australia (AFIC), lelaki terbabit turut menjeritkan unsur penghinaan, anti Islam terhadap mangsa dan rakannya.
Ini jelas sekali satu serangan perkauman serta Islamofobia dan kami mahu ia disiasat sedemikian.
Berlaku pada Rabu
Kejadian itu telah berlaku pada Rabu yang lalu. Susulan kejadian, mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan dan telah dibenarkan keluar.
Berdasarkan laporan kajian Universiti Charles Sturt, Islamofobia di Australia adalah fenomena berterusan dan wanita bertudung paling terdedah.
Daripada 113 mangsa diancam, pasukan penyelidik kajian itu mendapati 96 peratus daripada mereka bertudung
Sumber: Harian Metro, Berita Harian