Seorang wanita berasa terkejut selepas mendapati kucing peliharaannya mempunyai dua alat kelamin iaitu kemaluan jantan dan betina atau disebut khunsa.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Halal Dunia Akhirat Bagi Sesiapa Yang Mencuri Hasil Keringat Kami Tanpa Izin’ – Shahrulezad
Artikel Berkaitan: 2024 Tahun Tuah Buat Amylea? Bakal Keluar Banyak Lagu Baru, Pilih Mila Jirin Bawa Lagu ‘Sandera’
Kucing 2 alat kelamin
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Siti Nordiana berkata perkara tersebut disahkan oleh doktor haiwan selepas dia membawa kucingnya itu melakukan pemeriksaan.
Kalian pernah jaga kucing khunsa tak? Nama kucing saya Wawa @ Wa. Hebatnya kuasa Allah, rezeki saya dapat jaga seekor anak bulus (kucing) khunsa.
Dah bawa pergi veterinar, doktor sahkan memang betul si comel saya ini khunsa. Memang betul alat kelamin dia.
Dia ada penis (burung) tapi testis (telur) tiada. Doktor cakap kemungkinan ada di bahagian dalam atau memang tiada. Dia ada juga vulva (lubang kelamin betina).
Tapi alat kelamin dua-dua itu bersambung terus dengan anus (lubang punggung).
Dalam pada itu, wanita berkenaan berkata doktor memberitahu haiwan peliharaanya itu berkemungkinan akan mandul.
Doktor bagitahu besar sikit nanti kita boleh tengok dia lebih ke arah mana. Ke arah jantina jantan atau betina.
Cuma kemungkinan dia mandul. Macam mana pun tidak mengapa, asalkan kucing saya ini sihat selalu.
Video
@sitinordiana_92 Hampa pernah jaga kucing “KHUNSA” dak? Nama diberi WAWA @ WA Hebatnya kuasa Allah..Rezeki Yana dapat jaga sekor anak bulus khunsa..Dah bawa pi vet, dr sahkan mmg betoi si comel ni khunsa.. Memang pelik tengok alat kelamin dia..Semoga membesar dengan sihat???? ——————————– JANTINA JANTAN -Dia ada penis(burung) tapi testis(telur)dia tak ada , dr cakap kemungkinan ada di bahagian dalam ataupun mmg tak dak.. JANTINA BETINA -Vulva (lubang kelamin betina) pun ada Tapi alat kelamin dua2 jantina tu bersambung terus dengan anus (lubang punggung) dia.. Dr bagitau besar sikit nanti kita boleh tengok dia lebih ke arah jantina mana..Cuma kemungkinan dia akan mandul lah..Macam mana pun takpa janji budak ni sihat selalu? #tiktokmalaysia?? #fyp??viral #kucingkhunsa #catsoftiktok #kucingcomel #fypdong ? original sound – notyourhabibty
Sumber: TikTok