Setiap pasangan berumah tangga pasti inginkan zuriat yang ramai untuk menjadi penyambung keturunan salasilah keluarga.
Artikel Berkaitan: #AJL38: Wany Hasrita Malas Jaga Diri, Suka Makan Coklat Sampai Berat Badan Naik 5 Kg – ‘Kulit Jadi Kusam’
Artikel Berkaitan: Rasa Hilang Semangat & ‘Mood Kelaut’, Wany Hasrita Tekad Nak Ubah Gaya Hidup
Nasihat ibu
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita berkata, ibunya merupakan penasihat utama dalam membesarkan puteri sulungnya, Aishah Al Iman.
Ibu adalah orang yang menasihati saya.
Dia pesan jangan ulang macam mana dia buat dulu, sebab dulu takde ilmu.
Sekarang terbuka, mana-mana boleh dapat ilmu.
Saya duduk berdua dengan dia, apa-apa yang tidak okay dia akan tegur.
Fokus pada puteri sulung
@nona.my Masih hidup berjauhan dengan suami tercinta, penyanyi Wany Hasrita memilih untuk sentiasa berlapang dada dan berserah pada takdir, dan tak menolak andai ada rezeki untuk membesarkan keluarga. Wany juga optimis dan mengharapkan yang terbaik buat anak sulungnya, Aishah Al Iman. #majalahnona #wanyhasrita ? original sound – NONA
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Menahan Rindu’ itu tidak menolak jika diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.
Namun demikian, Wany berpendapat sekarang fokusnya hanya pada Aishah.
Kalau ada rezeki, Alhamdulillah.
Tapi untuk sekarang, saya rasa fokus pada Aishah dulu. Atleast sampai dia dua tahun.
Dalam pada itu, Wani berharap jika direzekikan untuk anak kedua, dia dapat membesarkannya bersama suami dengan cara yang lebih bersedia.
Sumber: TikTok NONA, Instagram wanyhasrita