Beberapa hari yang lalu, tular beberapa video memaparkan penjaja warga asing yang dilihat selamba membakar dan menjual jagung di perkarangan pintu masuk Suria KLCC.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Warga Asing Kenakan Caj ‘Parking’ RM10 Berdekatan Zoo Negara
Dah kena ‘angkut’
Terbaru, penjaja berkenaan difahamkan telah pun digempur serta dikenakan tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menerusi hantaran dimuat naik pihak DBKL di Facebook, operasi tindakan khas itu bukan sahaja dilakukan terhadap penjaja warga asing berkenaan, namun ianya turut dijalankan di sekitar Jalan Ampang (KLCC), Jalan Imbi dan Jalan P.Ramlee sekitar minggu lalu.
DBKL telah melaksanakan Tindakan Khas Penjaja Tanpa Lesen Bukan Warganegara di sekitar Jalan Ampang (KLCC), Jalan Imbi dan Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad lepas.
Ia juga susulan dari maklumat yang diperolehi menerusi hantaran di media sosial (Facebook dan TikTok).
Bukan itu sahaja, pihak DBKL turut menempatkan anggota penguatkuasa di beberapa lokasi ‘panas’ yang dipercayai dipenuhi dengan penjaja asing bagi membendung aktiviti sedemikian daripada berlaku lagi.
Terdahulu, video yang tular di TikTok itu menjadi bualan ramai yang rata-ratanya tidak selesa melihat kawasan tumpuan sekitar ibu kota yang dipenuhi dengan asap pembakaran dibuat penjaja warga asing berkenaan.
Video
@sitisarahabdullah_ Replying to @?jîdå $äûpî?Bestproduk???? tukaq tempat pula. Sana sini pula haha. Berasap tudung aku oi #fyp? #penjajatepijalan #penjajakualalumpur #peniagajalanan #klcc #avenueK #klcc_malaysia ? original sound – Ian Asher