berita

[VIDEO] Warga Asing Kirim RM4,000 Ke Kampung, RM200 Guna Untuk Keperluan Diri – ‘Saya Tak Beli Baju Atau Seluar Baru’

February 14th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Ramai warga asing yang memilih bekerja di Malaysia bagi mencari rezeki untuk menanggung keluarga yang berada di kampung.

Artikel Berkaitan: Empat Lelaki Ditahan Pihak Polis, Belasah Warga Asing Didakwa Ganggu Pengurus Restoran Makanan Segera

‘Semua wang kirim ke kampung’

@anuarnazif

Kehidupan di tapak bina.. usaha tawakal rezeki di tangan Allah.. #sireh #fyp #construction #bangla #malaysia

? Jazallohu Anna – Mudrika bg

Menerusi satu hantaran di akaun @anuarnazif di TikTok, memaparkan dua orang warga asing yang kelihatan gembira selepas mendapat gaji.

Berdasarkan video tersebut, seorang warga asing mendedahkan bahawa duit gajinya akan dikirimkan kepada keluarga yang berada di kampung.

Tambahnya lagi, dia tidak akan membeli baju ataupun seluar baru kerana duit tersebut akan dikirimkan ke kampung dan hanya menggunakan sebanyak RM200 untuk keperluan diri.

Satu bulan saya kerja dapat RM4,200. Petang nanti, saya akan kirim wang ke kampung.

Saya ada RM200 saja, semua wang saya kirim ke kampung.

Saya tak beli baju dan seluar, semua tak beli.

Dalam pada itu, di ruangan kapsyen, Anuar mendedahkan bahawa beginilah kehidupan warga asing selepas mereka mendapat gaji selepas penat bekerja.

Kehidupan di tapak bina. Usaha, tawakal, rezeki di tangan Allah.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×