berita

[VIDEO] Warga Asing Dipersenda Mengaku Solat Isyak 17 Rakaat, Ustaz Beri Penjelasan – ‘Kita Pakat Gelak Tapi Kita Yang Jahil”

January 29th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang warga asing yang secara terbuka menjawab soalan mengenai jumlah rakaat di dalam setiap solat yang dilakukannya setiap hari.

Video tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya mempersendakan individu berkenaan yang memaklumkan jumlah rakaat yang dilakukannya sehingga berbelas rakaat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semoga Allah Ampunkan Dosa Kita’ – Ustaz Don Perjelas Amalan Menjelang Awal Muharram

Ustaz beri penjelasan

Video tersebut turut mendapat perhatian seorang ustaz yang dikenali sebagai Mohd Amirul yang tampil memberikan penjelasan terhadap jumlah rakaat yang dimaklumkan warga asing berkenaan.

Menurut ustaz tersebut, jawapan yang diberikan sama sekali tidak salah kerana berkemungkinan individu itu mengikut mazhab Hanafi.

Sebenarnya apa yang dia cakap semuanya betul, kita yang salah dan kita yang jahil. Kita gelak buat apa?

Mereka ini adalah bermazhab Hanafi di mana mazhab Hanafi mewajibkan solat sunat Rawatib seperti Qabliah dan Ba’diah.

Jadi, mereka mengerjakan solat-solat sunat ini seakan wajib bagi mereka. Mereka sama sekali tidak pernah meninggalkan solat-solat sunat tersebut.

Sebagai contoh dia kata solat Subuh 4 rakaat kerana dia mencampurkan sekali dua rakaat solat sunat Qabliyah Subuh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula faham selepas mendengar video penjelasan ustaz berkenaan dan menasihati orang ramai untuk menghormati perbezaan mazhab yang digunakan oleh warga asing tersebut.

Komen netizen

Sumber: TikTok akhiameer

SKIP THIS AD ×