berita

Video Warga Emas Kurang Upaya Jual Ikan Bawah Panas Terik Sentuh Hati Netizen

June 19th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kegigihan seorang warga emas yang kurang upaya mencari rezeki yang halal menarik perhatian ramai. Menerusi Facebook Rumah Singgah Kita, merakam video Pak Cik Tahir yang sedang menjual ikan untuk menampung perbelanjaan hariannya. Dia dikatakan menjual ikan segar sambil berjalan kaki di sekitar Melaka bagi mencari pelanggan.

Berjalan kaki di bawah panas terik

https://www.facebook.com/rumahkita.ourhome.1/videos/315488702806168/

Lebih menyentuh hati, dia berjalan kaki di bawah panas terik matahari setiap hari. Dia menjual 6 ekor ikan tenggiri dengan hanya RM30. Walaupun kurang upaya namun semangat cekal untuk terus mencari rezeki yang halal wajar dicontohi.

Kerap solat jemaah di masjid

Menurut netizen yang mengenali Pak Cik Tahir menyatakan bahawa dia merupakan seorang yang berhati mulia. Dia sering kali membelanja orang ramai jika mempunyai rezeki yang lebih. Selain itu juga, dia dikatakan sering berjemaah di masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan berjalan kaki ke masjid yang terletak di Tanjung Kling, Melaka.

Dari saya kecil lagi dia meniaga ikan

Sumber: Rumah Singgah Kita

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×