![[VIDEO] Yatie Kamarzaman Perjelas Personaliti Anak Didakwa Pendiam & Kaku – ‘Dia Sihat, Jangan Risau’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/yatie-kamarzaman-22.jpg)
Usahawan terkenal, Datin Yatie Kamarzaman memberikan respon terhadap dakwaan warganet mengenai personaliti anaknya, Noor Aleya Baheerah, 14.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yatie Kamarzaman Dedah Sumber Pendapatan, Kekayaan Dipersoal
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yatie Kamarzaman Nafi Suami ‘Kenenkan’ Ibu Dengan Bapa Tiri – ‘Kalau Betul, Kenapa Kami Tak Ada Masa Akad Nikah?’
Penjelasan Yatie
Menerusi hantaran di TikTok, Yatie berkongsi komen daripada seorang warganet yang mempersoalkan tentang cara Aleya berinteraksi dan mengekspresikan diri.
Saya tertanya-tanya sebab tengok dia selalu kaku, tak suka bersuara dan nampak terbatas.
Maaflah menyibuk hal orang.
Tidak berdiam diri, Yatie menyelar segelintir warganet yang suka mempersoalkan tentang karakter anak bongsunya itu.
Anak kita tak sama. Tak semestinya kalau anak kita tak bercakap, kita anggap dia OKU (Orang Kelainan Upaya).
Kita terus merasakan diri kita ini seperti pakar psikiatri atau pakar yang mendiagnosis anak hanya dari sudut pandangan kita sahaja.
Tiada masalah
Yatie kemudian menjelaskan bahawa keadaan Aleya normal meskipun dia adalah seorang remaja yang pendiam.
Anak saya tak ada masalah, dia sihat sahaja. Jangan risau.
Kalau anak saya tak sihat, dia tidak akan lepas untuk duduki peperiksaan sekolah antarabangsa. Dia okay sahaja.
Saya tak tahu, mungkin ada segelintir daripada awak yang memang lahir dengan mulut becok dan orang anggap itu normal.
Tambah Yatie, kerana personaliti Aleya yang sebegitu, maka dia menjadi kekok ketika berada di hadapan kamera.
Saya dari kecil tak banyak sangat bercakap dengan orang, jadi mungkin anak-anak pun begitu.
Dia (Aleya) tak pernah berhadapan dengan kamera, jadi mungkin dia kekok.
Untuk penjelasan, anak saya tak ada masalah, walaupun dia kaku tetapi dekat belakang dia okay sahaja.
Sumber: TikTok Kamarzaman





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

