Usahawan Datin Yatie Kamarzaman tampil menjelaskan tentang keputusannya untuk memiliki sebuah rumah agam yang mewah dan luas.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Banding Harga Rumah Kak Yatie Lebih Mahal, Aliff Syukri Respon – ‘Yang Penting Cari Harta Sendiri’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yatie Kamarzaman Dedah Sumber Pendapatan, Kekayaan Dipersoal

Penjelasan Yatie

@yatie_kamarzaman

Replying to @intanpayung84 apa pun dgn izin Allah. Sy merancang shj..

♬ original sound – Noor Hayati Binti Kamarzaman – Noor Hayati Binti Kamarzaman

Menerusi hantaran di TikTok, Yatie berkongsi komen salah seorang warganet yang mempersoalkan tentang kebanyakan rumah mewah yang sering dilihat terbiar kosong apabila pemiliknya sudah tiada.

Kebanyakkan rumah agam sampai masa akan dibiar kosong tiada penghuni.

Besar dah sama macam hotel bertaraf lima bintang.

Tidak berdiam diri, Yatie berkata, impian untuk memiliki kediaman sendiri adalah hak semua orang terutama selepas berusaha dan berkerja keras.

Kita kalau ada rumah tak kiralah apa size pun, besar ke kecil ke, semua akan ditinggalkan.

Kita semua dapat masa yang sama untuk menikmati hasil tiktik peluh kita selagi bukan ambil hak milik orang lain.

Jadi selama kita bekerja, kita dibenarkan untuk beli sesuatu yang kita inginkan dan mampu.

Yang paling penting bukan dari hasil yang haram.

Tambah kakak kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri itu lagi, rumah mewah tersebut turut dijadikan sebagai pelaburan masa depan.

Selain itu, kediaman tersebut juga disediakan untuk ahli keluarga, malah telah dirancang dengan baik agar tidak membebani anak-anaknya kelak.

Rumah dan tanah yang saya beli itu adalah untuk pelaburan, kegunaan untuk anak, cucu dan cicit pada masa akan datang.

Bukanlah kita bina rumah dan apabila kita sudah tiada, kita susahkan mereka. Yang kita selalu nampak rumah ditinggalkan dan terbengkalai.

Jadi kita kena rancang semuanya sehingga kita sudah tiada lagi (meninggal dunia).

Nanti apa yang ada di dunia, kita boleh bawa pahalanya sampai ke liang lahad.

Bila buat pelaburan, kita akan dapat keuntungan dari situ kita akan bayar zakat dan sedekah.

Sumber: TikTok