berita

Yazmin Aziz Dedah Teman Lelaki Baharu – ‘Dulu Bola Sepak, Sekarang Bola Keranjang Pula’

February 24th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Penyanyi dan pempengaruh, Yazmin Aziz mengakui kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang atlet bola keranjang berasal dari Hong Kong selepas putus dengan pemain bola sepak Brazil, Guylherme Brizolara.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yazmin Aziz Kongsi Wajah Ahli Keluarga, Netizen Puji Semua Awet Muda – ‘Saya Je Nampak Matang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Terfikir Adakah Bapa Seorang Pedofilia?’ – Yazmin Aziz

Boyfriend reveal

Menerusi video yang dimuat naik di laman Tiktok, Yazmin secara terbuka berkongsi teman lelaki baharunya yang dikenali sebagai Austin Veloso. Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 22 tahun ini menjelaskan tidak mahu membazir masa jika sesuatu hubungan itu tidak dapat diteruskan.

Saya sudah ‘bye-bye’ (putus) lama dah. Cuma saya tidak maklumkan kepada peminat. Sudah tahu tidak sesuai, saya tak nak bazirkan masa saya. Lebih baik teruskan hidup.

Saya juga tidak marah apabila peminat bertanya. Apa yang penting adalah kami berdua gembira terutamanya apabila kedua-dua keluarga memberi sokongan.

Dalam pada itu, di ruangan komen, bekas peserta Big Stage ini mendedahkan bertemu dengan lelaki berkenaan semasa dia terlibat dalam satu perlawanan di Kuala Lumpur.

Kami bertemu pada Januari lalu ketika Austin menyertai pertandingan di Kuala Lumpur dan kebetulan saya bersama keluarga pergi menonton perlawanan itu.

Kemudian ada peminat ajak kami bergambar bersama dengan pemain dan daripada situ kami mula kenal.

Video

@yazminaziz

Replying to @zaryzza I’ve never felt so happy ?? #fyp #TikTokMY #couple #loveis

? Just the Two of Us – Grover Washington, Jr.

Sumber: @yazminaziz

SKIP THIS AD ×