berita

[VIDEO] Youtuber Dedah ‘Street Food’ Popular Kegemaran Rakyat Malaysia Di Korea Tak Halal

November 26th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Korea merupakan salah satu destinasi pilihan percutian ramai rakyat Malaysia. Hal ini kerana negara 4 musim itu mempunyai banyak tarikkan seperti permandangan yang indah dan makanan yang lazat. Tetapi adakah makanan yang dijual terutamanya di jalanan itu telah diiktiraf halal?

Menerusi video dari YouTuber terkenal Korea, Daud Kim, dia telah melakukan satu kajian sosial di Myeodong Street yang merupakan antara destinasi tumpuan pelancong di Korea. Video tersebut berkenaan dengan makanan halal di mana dia bertanya kepada penjual tersebut adakah makanan yang dijual itu halal ataupun tidak? Apa yang didapati menerusi kajian itu amat mengejutkan ramai.

Ramai peniaga tidak tahu maksud ‘halal’

Kebanyakkan peniaga di sana tidak tahu apa itu sebenarnya maksud ‘halal’. Segelintir antara mereka hanya mengatakan bahawa makanan yang dijual bukan berasaskan babi, namun tidak mengetahui asal usul ayam itu sama ada telah disembelih ataupun tidak.

Ada logo halal tapi tak halal

Selain itu juga, terdapat beberapa kedai yang memaparkan logo halal tetapi peniaga itu sendiri tidak yakin dengan status halal tersebut. Hal ini amat membimbangkan Daud kerana lokasi berkenaan merupakan tempat tumpuan pelancong dan ramai antaranya yang beragama Islam.

Tiada babi bukan bermakna ia halal

Rata-rata penonton bersetuju dengan apa yang dilakukan Daud. Hal ini kerana ramai peniaga beranggapan bahawa tidak semestinya makanan itu tidak mengandungi alkohol dan babi ianya boleh dikategorikan sebagai makanan halal. Proses penyediaan makanan itu turut dititik beratkan.

Info yang berguna untuk pelancong muslim

Rata-rata menyokong penghasilan video ini kerana dapat membantu terutama pelancong muslim yang ingin ke Korea.

Sumber: Daud Kim

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×