berita

[VIDEO] Youtuber Korea Daud Kim Belajar Taranum Dengan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan

January 16th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Kemenangan Nor Farhatul Fairuzah Panut menyertai pertandingan Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61 (MTHQA61) pada tahu lalu, merupakan satu pencapaian yang bermakna buat dirinya dan negara.

Tiada siapa boleh menafikan kemenangan gadis berusia 20 tahun itu, kerana dia mempunyai kemahiran bertaranum yang sangat baik ketika membaca al-Quran, sehinggakan golongan muda yang lain seperti Jaehan atau nama muslimnya Daud Kim, turut tertarik mengikutnya mendekati al-Quran. Alhamdulillah!

Korean muslim teringin nak belajar taranum

https://www.instagram.com/p/B7TTEONldE3/

Menerusi Instagram Farhatul, dia memuat naik satu video yang menunjukkan dia sedang mengajar Daud bertaranum surah al-Asr. Sebaik sahaja mendengar suara pemuda itu melakukan taranum yang sama seperti yang diajar, Farhatul meluahkan kalimah Masha Allah kerana usaha yang ditunjukkan Daud itu sangat mengagumkan dirinya.

Dengar lagu arab

Sebelum ini, juara tilawah al-Quran itu pernah berkongsi rahsia bagaimana dia mahir bertaranum. Selain dorongan ibu yang merupakan qariah, gadis ini juga gemar mendengar lagu-lagu berbahasa Arab pada masa lapang.

Menurutnya, keunikan muzik Arab yang mempunyai banyak persamaan daripada segi taranum dan sebutan, memudahkan dirinya untuk mengikut dan berlatih ketika membaca al-quran. Bahkan, lagu Arab dapat membantunya menyebut perkataan digunakan dengan betul, selain menambahkan kosa kata dalam bahasa itu.

Thank you!

Jika dilihat menerusi ruangan komen, jejaka Korea itu sempat memberikan ucapan terima kasih buat Farhatul kerana sudi mengajarnya cara-cara bertaranum. Pada masa yang sama, netizen turut teruja melihat video yang dikongsikan Farhatul itu di Instagram.

Sumber: Farhatul Fairuzah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×