Pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan mengenai perjalanan hidupnya sebelum menjadi seorang yang berjaya dan terkenal.
Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Dedah Patimah Pernah ‘Lari’ Rumah Sebulan – ‘Dia Sangka Saya Curang, Bawa Diri Ke Sekolah Pondok’
‘Kita tak sempurna’
@showdalambilik Pertama kali kami @Amatlarbsib tengok Datuk #yusofhaslam mengalirkan air mata macam ni. Betul, setiap kejayaan kita akan ada orang sekeliling yang sentiasa menyokong #polisperonda ? Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari
Menerusi sesi podcast ‘Show Dalam Bilik’ bersama Amat Larbsib, Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof Md. Haslam memaklumkan bahawa ada ketika dia akan mengingati segala jerih perih yang dilaluinya sebelum bergelar ‘public figure.’
Ia satu perjalanan yang panjang bagi saya. Dan bila makin berusia ini, saya akan ‘recap’ dan ‘flashback’ balik apa yang saya pernah lalui sebelum ini.
Apa yang pernah dilalui itu tetap saya tempuh dan pada saya, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kekurangan itu datang dari diri seseorang itu sendiri. Kita tak sempurna.
Walau bagaimanapun, penerbit yang terkenal dengan jolokan ‘Six Million Dollar Man’ bersyukur kerana mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat.
Menurut Yusof, sokongan yang diberikan membuat dirinya terus kuat dan bersemangat untuk menempuhi segala ujian kehidupan.
Tetapi saya bersyukur sebab saya dikelilingi oleh insan yang baik-baik dan saya tak akan pernah lupa diri.
Arwah ayah mentua saya, mak saya, adik-beradik, isteri serta kenalan rapat saya banyak menyokong. Jadi bila saya ingat balik sokongan yang diberikan itu, saya akan jadi sebak.
Apa yang saya berjaya capai hari ini bukan milik saya seorang tetapi ia milik mereka bersama.
Video penuh
Sumber: Show Dalam Bilik