Penyanyi, Zahid mendedahkan dirinya pernah melalui fasa terendah sehingga ‘terduduk’ selepas bercerai dengan bekas isteri, Sarah Julia Yusof pada 2019 yang lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Habis Mood Raya!’ – Zahid Dedah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap RM4,250
Berdepan masalah kewangan
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Ahmad Zahid Baharuddin ini berkata, dia juga berdepan dengan masalah kewangan sehinggakan terpaksa menjual beberapa barangan berharga semata untuk mendapatkan duit.
Selepas hubungan saya dengan bekas isteri yang pertama itu tidak menjadi, saya betul-betul ‘down’ teruk. Rasa macam, aku nak buat apa dalam hidup ini?
Tapi, kawan-kawan dan keluarga yang banyak tolong serta memberi sokongan.
Waktu itu, semua benda (aset) nak dijual. Rumah jual, kereta jual, semua benda saya jual.
Bila jadi benda macam itu, saya rasa macam perlu ke tidak nak teruskan karier saya sebagai seorang penyanyi.
Tapi, Allah beri ujian itu mungkin Dia hendak saya rasa macam mana rasa susah sebab masa senang kau tak ingat pun pada orang-orang ini (kawan dan keluarga).
Zahid berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Famili Duo 4 (FD4) yang diadakan di GMBB, Bukit Bintang pada Ahad.
Mula nyanyi ‘busking’
Jelas Zahid, dia kemudiannya mula berjinak dalam dunia ‘busking’ bagi meneruskan semula kehidupannya.
Saya mula bangkit dengan bermain ‘busking’ di tepi jalan.
Bila orang tengok saya menyanyi, diaorang kata, ‘Eh Zahid di sini’ dan saya ‘busking’ pun sebab pengalaman.
Lagi pun, takkan saya nak cakap pada orang yang saya tengah ‘down’. ‘
Start’ dari ‘busking’ itu, satu malam boleh dapat RM30 hingga RM40, saya sangat hargai jumlah itu dari dulu yang saya tak pernah hargai bila dapat duit RM30,000 ke RM40,000.
Jadi, dari situ saya belajar walapun saya dalam keadaan susah tapi ‘still’ ada orang tengok saya dan menghargai saya menyanyi ‘busking’ di situ.
Mereka tak pandang rendah tapi beri sokongan dengan memberitahu saya masih lagi bagus menyanyi.
Bagi perkembangan terbaharu Zahid, bekas juara Akademi Fantasia Musim Ke-2 (AF2) bakal bergandingan bersama adiknya, Anne untuk merebut gelaran juara dalam pertandingan nyanyian terbitan TV3 iaitu FD4.
Untuk rekod, Zahid pernah mendirikan rumah tangga dengan Sarah Julia Yusof pada 2013, namun, bercerai pada 2019.
Zahid kemudiannya berkahwin dengan Nurul Shuhada Osman pada Disember 2021.