Pelakon Zahiril Adzim mencuri perhatian ramai selepas berjaya mengalunkan bacaan ayat daripada Surah Al-A’laa dengan lancar.
Artikel Berkaitan: Bayaran Tertangguh, Zahiril Adzim Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Produksi Hadapi Masalah Kewangan – ‘Seharian Kami Makan Menu Sardin’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shera Aiyob Kongsi Sebab Jatuh Cinta Dengan Zahiril Adzim – ‘Dia Berbeza Dengan Ex Boyfriend Saya’
Zahiril Adzim mengaji
@qawiyaro Terjah ngaji @Zahiril Adzim ?? MasyaAllah peringatan yang best dari Falah ??? #quranchallenge #terjahngaji #mantuy ? original sound – qawiyaro
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, pempengaruh terkenal dengan cabaran membaca Al-Quran iaitu Qawiy telah meminta aktor berkenaan untuk menyambung ayat bacaan daripada surah tersebut.
Pemilik nama Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 41, bukan sahaja berjaya menyambung bacaan dengan baik, malah turut berkongsi sedikit maksud potongan ayat daripada surah berkenaan.
Masa solat saya selalu baca, ini surah kegemaran saya. Surah ini mengingatkan kita bahawa dunia ini tidak kekal.
Tambah pelakon Andai Tiada Dia ini lagi, surah tersebut amat bermakna baginya kerana sentiasa mengingatkannya tentang hakikat kehidupan yang sementara.
Saya suka surah ini sebab selalu ingatkan saya. Apa yang saya tahu, kalau kita suka satu surah, Allah pasti akan bagi sebab kenapa kita suka surah tersebut. Allah nak beri peringatan.
Jadi saya selalu ingatkan diri saya bahawa dunia ini sementara jadi yang kekal adalah akhirat.
Komen netizen
Perkongsian itu mendapat pujian ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap kefasihan Zahiril membaca Al-Quran serta keinsafannya dalam memahami maksud surah tersebut.
Bukan itu sahaja, ramai yang berpendapat bahawa Zahiril bukan sahaja berbakat dalam dunia lakonan, tetapi juga memiliki pengetahuan agama yang mendalam.
Sumber: TikTok Qawiyaro