Pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson meluahkan rasa kecewa terhadap dunia modeling sehingga tidak lagi berhasrat untuk kembali sebagai peragawati.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ketika Buat Pai, Saya Menangis..Boleh Dengar Suara Bapa Saya & Tahu Dia ‘Melihat’ Dari Atas Sana’ – Zahnita Wilson
Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Ungkap Kisah Sedih Dengan Tiga Perkataan – ‘Cinta & Kehidupan’
Luahan Zahnita
@kertas1001 Selepas lebih 10 tahun aktif dalam bidang modelling sebagai sumber pendapatan utama, ini alasan Zahnita mengenai dunia peragaan. Nampak macam merajuk, mungkin juga mahu fokus pada bisnes Zahnita’s Humble Pie diusahakannya sebagai sumber pendapatan utama ketika berdepan ujian rumah tangga ketika ini. Apapun alasan Zahni, pastinya itulah yang terbaik untuknya dan anak². Peminat pastinya akan terus mendoakan kejayaan Zahnita Wilson. #zahnitasupporters #zahnitawilson #zahnitahumblepie #zahnitahussein
Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson mendakwa industri peragaan tempatan tidak serius terhadap kontrak dan bayaran.
Sebenarnya saya suka modeling, seni persembahan dan lakonan. Tapi maaf, industri kita sangat tidak matang dari segi kontrak dan bayaran.
Menurut Zahnita, dia merasakan seperti tidak dihargai meskipun sudah meletakkan seluruh jiwanya sebagai seorang model berikutan kesal dengan bayaran yang didakwa tidak setimpal.
Dari dulu saya rasa tak dihargai. Ketika saya bekerja, saya usaha bersungguh-sungguh dan semua orang tahu saya sangat bekerja keras dan komited untuk menjadi model profesional.
Tapi selepas beberapa tahun saya rasa tidak dihargai kerana bayaran macam itu juga meskipun sudah 10 tahun menonjolkan sikap komited saya sebagai model.
Ada yang masih berhutang
Dalam masa yang sama, ibu kepada empat orang anak itu turut mendedahkan ada pihak yang masih berhutang dan tidak melunaskan bayaran penuh kepadanya.
Sehingga ke hari ini, ada orang yang hutang saya beribu-ribu dan apabila saya kejar dia untuk duit, hanya dapat beberapa ratus.
Kita pula perlu merendahkan diri semata-mata untuk dapatkan bayaran. Jadi, malaslah nak kembali kepada itu semula.
Terdahulu, Zahnita menolak tawaran menjadi wajah jenama tekstil terkenal Jakel yang bernilai RM150,000.
Meskipun jumlahnya banyak, namun Zahnita merasakan itu bukan dunianya lagi dan hanya ingin menumpukan kepada perniagaan pai.
Sumber: TikTok