berita

[VIDEO] Nabil Ahmad Bukan Mata Duitan, Tolak Tawaran Ratusan Ribu Jadi Duta Jenama Pakaian

March 8th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

nabil ahmad

Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad nekad menolak tawaran bergelar duta jenama pakaian terkenal lain yang mencecah ratusan ribu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Ahmad Buat Laporan Polis, Scammer Guna Foto Ajak Sertai Pelaburan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hamun Aku Dekat GV, Lepas Tu Doa Baik-Baik Dekat Mekah’

Sanggup bayar ‘triple’

Nabil Duta Jakel 2

Ketika ditemui OhBulan!, Nabil menyatakan dia memilih untuk kekal setia dengan jenama Jakel yang sudah memasuki tahun kesembilan.

Kata Nabil, 40, wang ringgit bukan yang dikejar kerana dia menghargai jasa baik jenama pakaian itu yang banyak membantu dirinya sejak tahun 2016.

Ada jenama yang menawarkan saya ratusan ribu ringgit, tapi saya tolak.

Ia kerana kesetiaan, sebab saya ingat lagi masa saya tengah tiada ‘job’ waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hidup saya memang huru-hara, satu-satunya klien yang telefon saya minta saya buat video adalah Jakel.

Jadi saya memang ingat sangatlah. Tak bolehlah saya nak sebut jenama yang tawarkan saya itu. Banyak yang mereka tawar tapi tidaklah sampai berjuta.

Ayat dia macam ini, berapa Jakel bayar kau, aku bayar ‘double’. Kemudian saya beritahu sekiranya Jakel sanggup bayar ‘double’, pihak itu sanggup bayar ‘triple’.

Untuk saya ia nampak macam berlawan, kau bukan nak aku sangat, kau nak lawan sahaja nak tunjuk kau boleh beli kita. Di situ pula kita kena tunjuk nilai kita. Mungkin orang lain boleh gelap mata dengan nilai itu, tapi saya tidak.

Bukan mata duitan

Nabil Duta Jakel

Tambah pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad, dia tidak menyesal menolak tawaran yang tinggi.

Saya tidak menyesal, sebab saya rasa tiada cara lain untuk saya membalas budi dan tiada cara lain nak beritahu orang yang saya setia di sini.

Sebab di sini pun, kadang-kadang kalau tiada job pun saya risik dengan pihak sini, kalau ada kerja yang saya boleh buat dan pihaknya memahami.

Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini menegaskan dia bukan seorang yang mata duitan.

Saya letakkan kesetiaan pada itu, bukanlah saya letak nilai pada duit semata-mata. Macam contoh Jakel sudah bagi saya pakaian Hari Raya selama sembilan tahun, bukan saya saja tapi keluarga saya termasuk orang tua saya.

Jadi di mana saya mahu balas jasanya? Kesetiaan itu yang penting, ia bukan pada wang ringgit sebab saya bukan mata duitan.

Nabil berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran kempen Raya Sakan 2024 di Jakel Mall, pada pagi Jumaat.

Turunkan harga baju melayu

Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata kesemua koleksi pakaian siap tahun ini bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak yang ditawarkan pihaknya adalah berteraskan trend terkini hasil sentuhan pereka dalaman Jakel sekali gus diyakini mampu memenuhi citarasa pelanggan masa kini.

Sempena promosi Raya Sakan Bersama Jakel tahun ini, harga baju melayu yang sebelum ini ditawarkan pada tahun lalu iaitu RM180 kini diturunkan kepada RM150 sahaja sepasang.

Selain itu, pelanggan berpeluang memilih salah satu hadiah percuma antara kurta atau samping berkualiti kain eksklusif bernilai RM89 bagi setiap pembelian baju Melayu tahun ini.

Malah, bagi koleksi perempuan sedi dipakai ditawarkan serendah RM99 sahaja sepasang dengan ratusan corak dan warna terkini 2024.

Gedung tekstil, Jakel, melancarkan kempen Raya Sakan 2024 bagi menawarkan pakaian dan kelengkapan bagi persiapan sempena Aidilfitri, selama sebulan bermula hari ini.

Video

@ohbulanofficial

Nabil Ahmad nekad menolak tawaran bergelar duta jenama pakaian terkenal lain yang berjumlah ratusan ribu. Eh? ? #ohbulan #sembangentertainment #nabilahmad #tolak #tawaran #duta #jenama #pakaian

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×