Dari kecil, kita telah diajar untuk menabung wang simpanan demi kelangsungan masa hadapan.
Tapi korang tahu tak sebuah kaji selidik yang dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati 75 peratus daripada penduduk negara ini tidak mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 sekitar tahun 2020. Walhal, kita bukan saja boleh menabung di bank, malah kita juga boleh melabur di tempat pelaburan lain, yang mana admin percaya tiada siapa lagi yang tidak tahu tentang ASB di zaman semuanya di hujung jari.
Jadi, bagaimana setelah dua tahun berlalu? Jom kita dengar apakah pendapat orang Malaysia tentang simpanan mereka untuk masa hadapan? Dan apa akan jadi pada simpanan mereka bila kita dah tiada di dunia? Jom dengar jawapan mereka dalam video di bawah.
Haaa rata-rata rakyat Malaysia yang Zaidi tanya mempunyai simpanan mereka untuk masa hadapan. Ada juga antara mereka yang dah ada plan untuk simpanan mereka jika mereka sudah tiada lagi di dunia ini.
Hibah Amanah Pilihan Terbaik Untuk Pewarisan!
Korang pernah dengar tentang Hibah Amanah?
Sebenarnya, ia adalah perancangan awal untuk kita pastikan orang yang kita sayang akan dapat mewarisi harta/simpanan yang kita tinggalkan. Lebih-lebih lagi bagi golongan yang masih mempunyai anak-anak kecil, kesemua anak perempuan, anak istimewa dan anak angkat.
Salah satu solusi dalam perancangan harta warisan untuk orang tersayang adalah melalui instrumen Hibah.
HIBAH AMANAH adalah perkhidmatan pengurusan harta pewarisan yang disediakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad, ASNB untuk para pelaburnya. Kematian itu pasti dan kita tak tahu bila ianya akan berlaku sebab itulah penting untuk ada perancangan pewarisan. Jadi kenapa Hibah Amanah adalah pilihan terbaik untuk pewarisan?
Berikut adalah sebabnya;
- Cepat – Pemberian hibah dalam tempoh 21 hari selepas kematian dilaporkan.
- Mudah – Tidak perlu dokumen-dokumen seperti Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet
- Fleksibel – Pemberi hibah boleh menentukan jumlah yang ingin dihibahkan kepada setiap penama (anak, anak angkat, isteri, cucu, anak kurang upaya dan sebagainya)
- Mutlak – Penerima hibah adalah mutlak. Waris lain tidak boleh menuntut harta yang telah dihibahkan. Proses Hibah Amanah adalah berlandaskan undang-undang dan muktamad.
- Kawalan – Pemberi Hibah masih ada hak ke atas pemberian hibah pelaburan ASNB selagi masih hidup. Pembahagian hanya dilakukan setelah kematian pemberi.
Jadi jika korang ingin pastikan orang yang kita sayang akan dapat mewarisi harta/simpanan yang kita tinggalkan seperti jumlah yang kita tetapkan, gunakanlah Hibah Amanah. Dapatkan sekarang, promosi harga pendaftaran di SINI.